OnePlus 10T 5G lebih berkuasa dengan OxygenOS 13, ini spesifikasi terkini wajib ambil tahu

A
A
A

JENAMA teknologi global, OnePlus melancarkan model flagship terbaharu, OnePlus 10T 5G bersama sistem operasi utama terkini, OxygenOS 13 di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pengasas OnePlus, Pete Lau berkata, model baharu tersebut lebih diyakini kerana hadir dengan prestasi gabungan cip pemprosesan berkuasa tinggi, Snapdragon 8 Gen 1 yang menawarkan kelajuan unit pemprosesan pusat dan grafik lebih pantas.

"OxygenOS 13 pula menjadikan sistem operasi kami lebih hebat di samping reka bentuk yang kemas.

"Paling penting, ciri spesifikasi yang dipertingkatkan berdasarkan permintaan pengguna menjadi kelebihan untuk tampil lebih menonjol di pasaran. Harga yang ditawarkan untuk OnePlus 10T 5G juga sangat kompetitif," katanya.

OnePlus

Menurut Pete, OxygenOS 13 akan dilancarkan terlebih dahulu bersama OnePlus 10 Pro diikuti OnePlus 10T 5G yang akan menembusi pasaran Malaysia bermula 1 September nanti.

Pengumuman harga pula akan diadakan pada 18 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut, layari OnePlus.com.

Berikut antara perincian lain OnePlus 10T 5G:

OnePlus

i) Pengecasan super dengan sokongan 150W SUPERVOOC Endurance Edition untuk tempoh 19 minit sahaja.

ii) Siri teknologi enjin kesihatan bateri memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan kapasiti 4,800mAh.

Baca juga Foto nampak lebih ‘pro’ dengan HONOR 70, dilengkapi ciri Super IMX800 Sony pertama di dunia

iii) Sambungan lebih kuat dengan 15 antena yang membentuk sistem 360 darjah, selain ciri Smart Link yang meningkatkan isyarat dan kelajuan muat naik.

OnePlus

iv) Reka bentuk paparan 6.7 inci diperakui HDR10 dengan kadar penyegaran 120hz. Ia juga dilengkapi sistem penyejukan lebih keterhadapan.

v) Dilengkapi sistem tiga kamera dengan sensor utamanya, Sony IMX766 50 MP yang mempunyai penstabilan imej optikal, Nightscape 2.0 dan prestasi HDR dipertingkat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca