Pelihara diri daripada sinar UV, berikut senarai antara krim pelindung matahari terbaik

A
A
A

SEBILANGAN kita beranggapan memakai krin pelindung sinaran matahari hanya perlu dioles ketika berada di kawasan pesisiran pantai atau kata orang, mandi laut.

Tidak salah, tetapi pemakaian krim tersebut sebenarnya perlu lebih-lebih lagi jika ingin keluar rumah.

Melindungi daripada sinaran matahari secara terus dapat mengelakkan daripada kulit wajah menjadi kering dan mudah menghasilkan kedutan.

Ia juga mengelakkan kulit daripada mengalami kesan 'terbakar'. Sebaiknya sapukan krim pelindung sinaran matahari ke seluruh bahagian tubuh seperti sekitar kawasan muka, telinga, leher, tangan dan kaki.

Justeru, berikut merupakan lima senarai krim pelindung sinaran matahari terbaik menerut majalah popular antarabangsa, Elle.

1. Lancaster SPF50

RM152

Produk ini tersenarai sebagai krim pelindung sinar matahari agar dapat memelihara kesihatan kulit tidak mengira sama ada wajah atau tubuh badan.

Formula bebas minyak dapat membantu melindungi kulit terutama sensitif sambil melindungi daripada sinaran UVA dan UVB.

2. Shiseido SPF50+

RM139

Krim matahari Shiseido yang ergonomik sangat memuaskan untuk melindungi daripada sinaran matahari.

Mampu melembabkan kulit dan boleh dikatakan ia baik untuk digunakan ketika berada di pantai.

3. Nivea Sun Caring Roll-On SPF50

RM22

Pek mudah dibawa dan dipakai, krim pelindung ini pasti tidak mempunyai masalah untuk digunakan.

Caranya hanya perlu buka penutup dan boleh mengoleskan ke bahagian tubuh. Kaedah ini sudah tentu tidak menjadi masalah dan bukan lagi alasan enggan memakai krim pelindung sinar matahari.

4. Eucerin

RM87

Formula tidak melekit dan cepat kering menjadi antara tarikan produk ini. Gabungan teknologi kawalan minyak yang dipercayai mampu mengelakkan kulit terbakar, Licochalcone A.

Kelebihan itu mampu meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh cahaya UV dan HEVIS serta menambahkan Asid Glycyrrhetinic yang menyokong mekanisme pembaikan DNA kulit secara semula jadi.

5. Garnier SPF50

RM35

Tidak mahu krim atau losyen, boleh gunakan produk ini. Hanya perlu sembur sahaja. Berita baiknya, ia boleh dipakai meskipun telah memakai solekan.

Bagaimanapun, jangan hanya pakai krim pelindung ketika ingin keluar sahaja, bahkan mereka bekerja di hadapan komputer atau peranti pintar juga perlu mengenakan krim pelindung sinar matahari.

Jika tidak mahu, boleh sahaja mengenakan pelembap SPF15 hingga 30 sudah memadai.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca