JIKA anda merancang mahu beraya di rumah saudara atau sahabat di sekitar Kajang, Selangor, apa kata singgah ke Nasi Dulang Daun Pisang untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Menamakan premis sama dengan sajian signaturnya, penangan bisnes Khadijah Azib itu bukan sembarangan.

Masakan tidak, keenakan sajian yang disediakan barangkali boleh mendorong anda ke sana setiap hujung minggu untuk menikmati makan tengah hari bersama orang tersayang.

Ujar Khadijah, antara menu wajib cuba ialah seperti Nasi Dulang Sotong Bakar Gergasi, Nasi Dulang Ganja Kambing Bakar, Nasi Dulang Sumatera dan Nasi Dulang Kam Heong. Selain itu, terdapat kira-kira 50 jenis makanan yang lain.

nasi dulang

Mengulas lanjut mengenai hidangan utama di premisnya, usahawan muda itu berkata, Nasi Dulang Sotong Bakar Gergasi terdiri daripada kuah masak lemak cili padi, sambal penyet, sambal hijau, air asam dan ulam-ulaman.

“Daya penarik utama set ini ialah kuah masak lemak yang pedasnya tidak keterlaluan. Dalam sehari, saya akan menggunakan lebih 60 kilogram (kg) santan segar bersama ramuan terpilih.

nasi dulang

“Untuk masak kuah sahaja, saya mengambil masa yang lama untuk mendapatkan rasa betul-betul enak. Memang mantap rasanya bila makan dengan pilihan sambal yang tersedia,” katanya.

Sambal penyet juga tidak kurang hebatnya. Ujar peniaga berusia 32 tahun itu, mereka memerlukan lebih 100kg pelbagai jenis cili bagi memenuhi permintaan pelanggan agar tidak kempunan.

 

“Sambal penyet itu kami olah sendiri daripada resipi asli Indonesia supaya kena dengan selera orang Melayu,” katanya yang mengusahakan restoran tersebut bersama suaminya, Ahmad Fathi Muhd Fauzi, 46.

Baca juga Isteri suka makan sotong, cetus ilham pada Mamu buka gerai Sotong Sultan. Ramainya orang beratur beli…

Bagi memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan, setiap bahan mentah termasuk sotong dan udang bersaiz besar dibeli dari jeti nelayan di Klang, Selangor.

“Namun, harga untuk Nasi Dulang Sotong Bakar Gergasi bergantung kepada saiz yang dipilih. Jangan risau, masih berbaloi,” katanya yang mengesyorkan pelanggan datang awal bagi mengelak kesesakan.

nasi dulang

Iklan

nasi dulang

Selain itu, Khadijah juga mencadangkan satu lagi set santapan yang perlu dicuba iaitu Nasi Dulang Ganja Kambing Bakar bersama minuman signatur, teh ais madu dan coconut shake.

Baca juga Cara pilih sotong segar ramai tak tahu, tip nombor 2 paling penting hadam

“Macam biasa, kambing memang sentiasa ada peminatnya sendiri. Untuk stok kambing, kami sediakan lebih 30kg isi daging yang diperap dengan adunan resipi tersendiri.

nasi dulang

Iklan

nasi dulang

“Tidak liat, malah setiap kepingan daging memang lembut dan berjus. Bagi memberi rasa lagi kepada menu itu, kami sertakan kuah sambal yang pekat,” katanya yang baru sahaja memperkenalkan menu baharu, Sambal Bakar Claypot.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!