MARDHIYYAH Hotel & Suites yang terletak di Shah Alam, Selangor membawakan kelainan juadah berbuka puasa pada tahun ini dengan bertemakan Destinasi Rasa.

Lebih 50 menu mengiurkan ditawarkan. Antaranya Sup Tulang Merah Singapore, Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Bubur Lambuk Daging Rusa dan Gulai Lemak Padang Urat Keting.

Cef Eksekutif merangkap Timbalan Pengurus Mardhiyyah Hotel & Suites, Mohd Shahril Abu Rahim, semua kulinari enak tersebut menawarkan keunikan resipi tersendiri.

Tulang Merah Singapore yang digandingkan dengan roti paun, misalnya menggunakan bahagian tulang rusuk sebagai bahan utama kerana rasanya lagi sedap dan berbaloi.

Mardhiyyah

“Olahan resipi bersama cef pakar hotel ini dapat menghasilkan rasa unik yang mungkin tidak sama dengan di tempat lain. Kena cuba dulu barulah tahu,” ujarnya kepada SinarPlus.

Bubur Lambuk Daging Rusa juga wajib dicuba para pengunjung kerana rasanya lain daripada lain. Tidak seperti daging lembu atau kambing, isinya lebih padu dan mengenyangkan.

 

“Proses mereneh juga lebih kurang sejam hingga dua jam dengan api perlahan supaya rempah sebati bersama isi. Jangan risau bab halal kerana stok dijamin suci,” kata Cef Mohd Shahril yang memerlukan 10 kilogram daging rusa seminggu.

Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites turut mempersembahkan pilihan selera Melayu seperti kari ikan tenggiri, ayam masak madu, daging hitam manis, ketam goreng berempah, sup tulang kambing berempah dan sup ayam kampung berempah.

Mardhiyyah

Baca juga Bufet makan sampai kenyang, ini 8 lokasi steamboat & grill harga mampu milik boleh bawa satu famili

Mardhiyyah

Aneka selera antarabangsa dan Timur Tengah juga disajikan kepada pengunjung yang teringin untuk menikmati variasi pasta, dim sum, piza, sushi, kuzi kambing, kabsah ayam dan banyak lagi.

Iklan

Baca juga Kambing panggang dengan sensasi rempah terpilih, kulinari enak Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel & Suites jadi tumpuan bulan Ramadan

Mahu rasa pengalaman ala bazar Ramadan? Sudut Bazaar Hot Selling turut menyediakan roti john, sate dan martabak, selain masakan dalam kawah serta pemanis mulut yang lazat.

Mardhiyyah

Mardhiyyah Hotel & Suites
Alamat: Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
Masa: 6.30 petang hingga 10 malam (13 Mac hingga 8 April 2024)
Menu signatur: Tulang Merah Singapore Roti Paun, Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Bubur Lambuk Daging Rusa dan Gulai Lemak Padang Urat Keting
Harga: RM100 (kanak-kanak 5-11 tahun), RM120 (warga emas 60 tahun ke atas) dan RM165 (dewasa)
Facebook: Mardhiyyah Hotel & Suites
Instagram: @mardhiyyahhotel

Iklan

Mardhiyyah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!