Pengecas telefon magnetik ultralaju. Ini 4 model rekomendasi untuk dibeli, memang berbaloi

PADA zaman sekarang, segalanya memang mudah. Dulu, kita mengambil masa berjam-jam untuk mengecas telefon.

Namun, kini tidak lagi apabila dunia telefon pintar memperkenalkan pengecas ultralaju magnetik tanpa wayar yang menjimatkan masa.

Berdasarkan pasaran semasa, terdapat banyak jenama yang memperkenalkan fitur berkenaan.

Namun, kami kongsikan empat jenama yang difikirkan berbaloi untuk dibeli oleh pengguna telefon Android dan iOS. Dalam tempoh kurang setengah jam, peranti anda sudah dicas penuh.

Pertama ialah Ugreen yang diperbuat daripada aloi aluminium premium dengan desain lebih nipis iaitu 6.2 milimeter sahaja.

Ia mempunyai kuasa pengecasan maksimum 15W dan daya tarikan magnet yang kuat.
Inovasi itu juga bersifat anticalar dan kalis lelasan. Harga jualan bermula RM350.

 

Berikut disenaraikan tiga label lain untuk perhatian pengguna:

i) Belkin Boost Charge Pro
-Dijual pada harga RM699.
-Memiliki fungsi pengecasan tiga dalam satu untuk telefon, jam pintar dan fon telinga pada satu-satu masa.
-Sesuai untuk 12 model iPhone dengan dua tahun waranti.

ii) Anker B2529 PowerWave II Stand
-Dijual bermula pada harga RM239.
-Mempunyai empat mod pengecasan 5 hingga 15W untuk disesuaikan dengan mana-mana telefon.
-Ciri PowerWave II Stand memudahkan pengguna mengesan output pengecasan secara pintar untuk peranti jenis Android dan iOS.
-Dilengkapi dengan kawalan suhu, pengesan objek asing dan perlindungan voltan terlampau.

Iklan

iii) Samsung Superfast Charge Wireless
-Harga ditawarkan bermula RM289 hingga RM369.
-Dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas hingga 15W.
-Memiliki sistem penyejukan terbina.

Untuk pembelian, pengguna boleh berbuat demikian menerusi platform e-dagang Shopee dan Lazada.

Iklan

BACA JUGA: 9 minit, 50 peratus bateri sudah dicaj, telefon bimbit iQOO Z7, 27x penuhi keperluan generasi Z

BACA JUGA: Cari fon telinga terbaik? Jenama Nothing hasil kualiti bunyi yang mantap, bateri tahan lama

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!