Pening fikir nak masak apa hari ini? Apa kata cuba perencah ini, gerenti masakan anda menjadi!

A
A
A

TIADA yang sukar, anda kini boleh menyediakan hidangan kegemaran keluarga anda seperti nasi goreng, bihun goreng, basi beriani dan lada hitam dengan pes perencah MAGGI yang baharu!

Ya, tatkala rakyat Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk #DudukDiRumah, menyediakan masakan di rumah telah menjadi kebiasan dalam suasana norma baharu.

Bermacam-macam idea kreatif dan aktiviti-aktiviti di rumah dipraktikkan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia untuk hilangkan rasa bosan dan mengisi aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Maka, kita dapat saksikan ramai yang berkongsi kemahiran memasak mereka di media sosial.

Pakar masakan percaya bahawa memasak makanan sihat di rumah bukan sekadar membantu menyuburkan badan, tetapi juga mensejahterakan mental anda, sambil menguatkan persaudaraan dan hubungan silaturahim keluarga!

Namun begitu, tidak semua orang diberkati dengan waktu atau kemahiran masakan yang hebat. Dengan rumah anda yang kini berganda sebagai pejabat, ramai di antara kita yang mahukan tip dan panduan memasak yang kreatif untuk membolehkan kita menyediakan masakan yang lazat dan berkhasiat dengan lebih cepat dan lebih mudah.

Justeru, apa kata kita guna pes perencah MAGGI yang diperbuat daripada campuran bahan-bahan segar dan seimbang dengan rempah aromatik untuk memastikan makanan anda, gerenti menjadi punya.

 

Berikut 4 resipi ringkas dan enak untuk kita sama-sama cuba! Resipi ini sangat sesuai untuk mereka yang baru mula belajar memasak dan juga yang pro memasak:

1. Bihun Goreng Fast & Furious

Saiz hidangan: 6 orang

Bahan-bahan:

6 sudu besar minyak masak

90g MAGGI pes perencah bihun goreng

300g keeping dada ayam (dihiris)

3 biji telur

240g bihun kering (direndam, ditos)

150g sawi (dihiris)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumiskan MAGGI Pes Perencah Bihun Goreng seketika.

2. Masukkan ayam, tumiskan sehingga warna keputihan.

3. Pecahkan telur, tumiskan sehingga masak. Masukkan bihun dan sawi, gaulkan seketika.

4. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.

[caption id="attachment_51687" align="aligncenter" width="1024"]Klik di sini untuk membeli pes perencah Maggi di Shopee. Klik di sini untuk membeli pes perencah Maggi di Shopee. -Gambar hiasan.[/caption]

2. Daging Lada Hitam ala Chef

Saiz hidangan: 6 orang

Bahan-bahan:

2 sudu besar minyak

90g MAGGI pes perencah lada hitam

600g daging (dihiris nipis)

1 biji bawang besar (dihiris bulat)

2 tangkai daun bawang (dipotong 1cm panjang)

½ biji lada bengala merah (di hiris Panjang)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumiskan hiriskan daging sehingga separuh masak.

2. Masukkan MAGGI Pes Perencah Lada Hitam dan gaulkan seketika.

3. Masukkan bawang besar, lada bengala dan daun bawang.

4. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.

 

[caption id="attachment_51688" align="aligncenter" width="1024"]Klik https://invol.co/cl4tes9 untuk membeli pes perencah Maggi di Shopee. Klik di sini untuk membeli pes perencah Maggi di Shopee. -Gambar hiasan.[/caption]

3. Nasi Goreng Kampung

Saiz hidangan: 6 orang

Bahan-bahan:

3 sudu besar minyak masak

90g MAGGI pes perencah nasi goreng kampung

300g dada ayam (dihiris)

3 biji telur

5 ½ cawan nasi

3 biji cili padi (diketuk)

2 ikat kangkung

6 sudu besar ikan bilis (digoreng)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumiskan MAGGI Pes Perencah Nasi Goreng Kampung seketika.

2. Masukkan ayam, tumiskan sehingga bertukar warna.

3. Pecahkan telur, tumiskan sehingga masak.

4. Masukkan nasi, cili padi, dan kangkung. Gaulkan seketika.

5. Gaulkan kesemua bahan sehingga rata. Hidangkan Bersama ikan bilis goreng.

 

[caption id="attachment_51684" align="aligncenter" width="1024"]Klik di sini untuk membeli pes perencah Maggi di Shopee. Klik di sini untuk membeli pes perencah Maggi di Shopee. -Gambar hiasan.[/caption]

4. Nasi Beriani Beraroma Asli

Saiz hidangan: 6 orang

Bahan-bahan:

4 sudu besar minyak sapi

1 bawang besar

1 inci halia

90g MAGGI pes perencah nasi briyani

200 g ayam

450 g beras basmathi

700 ml air

100 g tomato

50 g daun ketumbar

50 g daun pudina

50 g kacang gajus

10 g bawang goreng

Cara memasak:

1. Panaskan kuali dan masukkan ghee. Tumiskan bawang dan halia sehingga wangi.

2. Masukkan MAGGI Pes Perencah Nasi Briyani, tumiskan seketika. Masukkan ayam tumis sehingga ayam bertukar warna.

3. Masukkan beras basmathi dan gaul seketika. Pindahkan kesemua bahan ke periuk eletrik.

4. Tuangkan air, tambahkan tomato dan biarkan ia masak.

5. Setelah masak, taburkan daun pudina, ketumbar gajus dan bawang goreng.

Dapatkan Pes Perencah MAGGI anda melalui Shopee atau pasar raya terdekat sekarang!

Hah, dalam pada itu, bercerita pasal masak memasak, MAGGI bakal melancarkan siri realiti TV enam episod terbaharunya, Resipi Berani MAGGI, sebagai sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI (PMWCBM) bermula pada 14 Julai ini bersiaran di TV3.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, , Geetha Balakrishna berkata, salah satu tujuan utama kempen PMWCBM adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu, bak kata pepatah tak kenal, tak cinta.

 

Objektif utama program bersiri ini adalah untuk mengetengahkan transformasi dan perjalanan penuh emosi para mentee, yang akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk membuka langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu,” katanya ketika sesi pelancaran PMWCBM menerusi aplikasi Zoom baru-baru ini.

Ujar Geetha, hampir 1,000 wanita mengambil bahagian dalam Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI yang diadakan dengan kerjasama program Women’s Will anjuran Google pada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, lapan mentee terpilih sebagai finalis dalam program tersebut yang dijalankan berdasarkan ketahanan, keberanian dan tekad untuk berjaya dalam perniagaan makanan dari rumah, terutama dalam berhadapan realiti hari ini.

Mereka terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan makanan dari rumah iaitu Aza Syima Abdullah, Bibiaminani A. Ghani, Haslina Mohd Idris, Mazzaton Miza Wahab, Nur Azreen Masera Albakri, Nur Hidayah Jeffri, Roslina Mohd Isa dan Siti Aishah Abd Razak.

Dalam program Resipi Berani MAGGI, mentee akan menerima pelbagai cabaran dalam bidang berikut iaitu kemahiran Perniagaan, kemahiran digital dan memasak.

Mereka akan dibimbing dengan tiga mentor Maggie iaitu ikon masakan dan duta jenama bagi MAGGI Cukup Rasa Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Pelakon dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly dan Ikon Usahawan Muda 2019 dan Pemilik My Mum's Bakery, Anne Idris.

Pemenang utama Resipi Berani MAGGI® akan menerima modal benih sebanyak RM8,000, dan program bimbingan peribadi selama lapan minggu dengan ikon usahawan, Anne Idris, sementara pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima modal RM5,000.

Kepada Wanita di luar sana yang berminat mahu menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI, boleh berbuat demikian pada 27 hingga 29 Julai ini dan 12 hingga 14 Oktober ini. Peserta terpilih juga berpeluang untuk menghadiri Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® dan pendaftaran bengkel, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/

Sekali lagi, jangan lupa dapatkan Pes Perencah MAGGI anda melalui Shopee atau pasar raya terdekat sekarang!

 

Sumber foto: Maggi, Freepik dan Unsplash

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca