MUNGKIN sesetengah orang akan rasa pening atau muntah selepas makan ubi kayu.

Sesetengah orang berpendapat, hal itu terjadi mungkin kerana orang itu mengalami alahan atau perut sudah masuk angin.

Sebenarnya, menurut Facebook Public Health Malaysia, gejala itu boleh berpunca daripada sejenis toksin yang dikenali sebagai linamarin.

Untuk pengetahuan orang ramai, toksin berkenaan merupakan sebahagian daripada mekanisme pertahanan tumbuhan terutamanya melibatkan serangan binatang dan serangga.

“Linamarin adalah sejenis toksin semula jadi yang terkandung dalam tumbuhan pokok ubi kayu.

“Toksin ini akan membebaskan hidrogen sianida yang boleh menghalang penggunaan oksigen di dalam sel badan lalu menyebabkan toksin kepada manusia,” beritahu mereka.

Jadi, bagaimana cara untuk membuang bahan toksin berbahaya tersebut?

Berikut perinciannya:

i) Buang kulit ubi kayu (kulit ubi kayu paling bertoksin).

  • Ini dapat mengurangkan 50 peratus toksin itu.

ii) Rendam ubi kayu semalaman.

Iklan
  • Ini dapat mengurangkan 90 peratus toksin linamarin.

iii) Potong ubi dengan saiz yang kecil.

  • Dalam kuantiti yang banyak, bahan toksin tersebut boleh menyebabkan masalah saraf, lumpuh dan kematian.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah hati, ubi kayu perlu diproses dengan betul untuk mengelakkan mudarat.

Secara umumnya, perkongsian ini bukanlah untuk mengatakan ubi kayu makanan yang beracun.

Iklan

Sebaliknya, sebagai salah satu pendidikan mengenai cara memasak ubi kayu yang betul untuk mengelakkan keracunan.

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua.