Pepahat masak kam heong, sepinggan kecil pasti tak cukup

SETIAP hari, pasti ibu-ibu akan terfikir apa menu yang bakal dimasak untuk berbuka puasa ataupun sahur.

Bagi membantu anda semua, SinarPlus mendapatkan seorang tukang masak yang handal memasak sejenis masakan yang dinamakan pepahat masak kam heong.

Pepahat atau juga dipanggil siput buluh atau ambal (bagi penduduk di Sabah dan Sarawak) kata Murni Mohd Kusam, banyak terdapat di Kuala Langat, Selangor.

Murni Mohd Kusam.

“Tak susah pun masak pepahat ini, paling penting adalah perlu basuh dengan bersih pepahat dengan air asam jawa atau garam sebelum ia dimasak.

Iklan
Iklan

“Saya biasanya akan membasuh lebih kurang tiga atau empat kali bilasan agar pepahat betul-betul bersih dan bebas pasir,” ungkap wanita yang berasal dari Pontian, Johor itu.

Kata Murni, lazimnya, setiap kali puasa, mereka sekeluarga akan mencari pepahat di pasar raya berdekatan rumah yang biasanya dijual pada harga RM11 sahaja.

“Ibarat pembuka selera apatah lagi semasa bulan puasa, anak-anak akan mencadangkan beberapa menu pedas untuk dimasak bersama pepahat seperti pepahat tumis pedas, sambal tumis pepahat dan pepahat masak kam heong,” ujarnya.

Berkongsi mengenai tip semasa memasak pepahat, Murni berkata, kulitnya akan terbuka apabila ia sudah masak.

“Itulah tanda pepahat sudah masak dan boleh diangkat.

“Saya kerap kali memasak menu yang berkuah supaya pepahat sebati dengan semua elemen-elemen bahan asli seperti halia, bawang, cili padi dan sebagainya,” katanya.

Berikut resipi memasak PEPAHAT MASAK KAM HEONG

Bahan-bahan
– 1 kilogram pepahat yang dibersihkan
– 5 ulas bawang putih
– 7 ulas bawang merah
– 1 inci halia
– Lada kering (dipotong serong)
– Sedikit cili boh
– 2 sudu sos tiram
– 1 sudu kicap pekat
– 2 sudu kicap manis
– 1 sudu serbuk kari
– 2 sudu kecil serbuk lada hitam
– 3 tangkai daun kari
– 4 biji cili padi (dipotong)
– Sedikit garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Pertama sekali, bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk kasar.
2. Sejurus itu, tumis bahan tersebut sehingga wangi.
3. Masukkan cili padi, cili kering yang dipotong serong dan daun kari ke dalam kuali. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam.
4. Seterusnya, masukkan cili boh dan serbuk rempah kari.
5. Selepas itu, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis dimasukkan ke dalam kuali. Gaul sehingga semua bahan sebati.
6. Seusai itu, masukkan pepahat, lalu digoreng beberapa minit dan sesuaikan rasa dengan gula dan garam.
7. Pepahat masak kam heong siap untuk dihidang.

Sumber: Murni Mohd Kusan

Share
Farah Eliani

 

Published by
Farah Eliani

Recent Posts

Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai…

12 mins ago

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

2 hours ago

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

4 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 day ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago