DAHULU usaha beliau membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh diperlekeh sesetengah pihak kononnya melakukan kerja yang sia-sia.

Kini, A Bakar Che Ahmad sudah mampu tersenyum lebar apabila usaha tersebut membuahkan hasil.

Masakan tidak, rumahnya itu berjaya terapung selepas kediamannya yang terletak di Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu dilanda banjir.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh anak warga emas berkenaan menerusi medium TikTok.

Sebelum itu, sebenarnya A Bakar pernah menghebahkan bahawa rumah yang dibinanya mampu terapung pada ketinggian 5 meter (m) sekiranya banjir melanda.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Ketika proses pembinaan, warga emas itu telah mengambil kira banyak faktor antaranya termasuklah kelajuan arus banjir.

Tidak dibiarkan begitu sahaja, rumah terapung tersebut kemudian diikat di dua tiang setinggi 6m yang dibina pada sisi kiri dan kanan.

A Bakar juga menggunakan kayu dan 69 biji tong plastik untuk dijadikan sebagai penyokong yang berfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir.

Kos pembinaan rumah kelong itu dianggarkan memakan belanja kira-kira RM47,000 yang turut dibantu oleh tujuh orang anaknya.

Mengikut cerita, empunya diri yang kini berusia 67 dikatakan melakukan pengubahsuaian bersama isterinya, Fatimah Salleh, 61, selepas tempat teduh mereka semakin usang akibat ditenggelami banjir saban tahun.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativiti beliau.

Iklan

Berikut antara komen yang dikongsikan:

“Rumah ni pernah viral tetapi diejek oleh sesetengah orang. Kini tengok lah hasilnya sekarang. Alhamdulillah.”

“Mula-mula buat memang orang petikai macam-macam, tapi bila sudah ada hasil baru orang nmpak.”

“Pak cik paling bijak, sedia payung sebelum hujan.”

Iklan

“Rumah ni dah boleh jadi modal contoh kepada mereka yang sering mengalami banjir. Terbaik pakcik.”

“Pak cik bijak, berfikir di luar kotak.”

Sumber: TikTok Zalie Fishing 

SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.