Pilihan SUV dan kompak lebih dinamik dan menawan, Mercedes-Benz GLA serba baharu, memang sesuatu...
LEBIH canggih, selamat dan selesa. Itu antara kelebihan dua varian jentera terbaharu keluaran Mercedes-Benz, GLA serba baharu yang kini sudah memasuki pasaran Malaysia.
Model kenderaan utiliti sukan (SUV), GLA 250 AMG Line dan jentera kompak baharu, GLA 200 Progressive Line ternyata memiliki daya tarikan tersendiri apabila dilengkapi ciri-ciri yang cukup sofistikated dengan kualiti yang dipertingkatkan.
Ya! Seperti yang diketahui semua, Mercedes-Benz memang tidak pernah mengecewakan.
Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner berkata, pelancaran GLA serba baharu itu mewakili jenama SUV itu masih mengekalkan identiti kemewahan, eksklusif sesuai dengan status Mercedes-Benz.
“Demi memberi pengalaman pemanduan yang terbaik, GLA serba baharu direka dengan penampilan lebih sporty dan progresif sekali gus lebih menonjol dalam barisan model SUV sedia ada,” katanya sempena pelancaran dua varian tersebut secara maya melalui platform Facebook baru-baru ini.
Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp berkata, model GLA tersebut disifatkan lebih matang dengan penawaran gaya hidup yang lebih unik.
“Varian GLA adalah kunci penting sebagai pengenalan keluarga SUV dan kompak Mercedes-Benz yang dilihat semakin berkembang dengan baik dan kami berusaha untuk memperkenalkan model dinamik yang menyamai prestasi GLB yang diperkenalkan baru-baru ini.
“Jentera baharu ini lebih bertenaga meskipun bersaiz kompak, namun mampu memberikan pengalaman pemanduan cukup menakjubkan dengan ciri yang ditambah baik,” katanya.
Pada masa sama, Jopp turut mengumumkan harga menarik dengan pengecualian cukai SST untuk kedua-dua model GLA 250 AMG Line yang ditawarkan RM285,336.66 (tanpa insurans) dan GLA 200 Progressive Line pada harga RM244,192.82. Tawaran ini hanya sehingga 31 Disember depan.
Apa yang menarik mengenai dua model ini? Ramai pemerhati jenama ini mengatakan model serba baharu lebih berkarisma dengan ciri keselamatan menyakinkan seperti:
- Sistem penggera antipencuri.
- Sistem PRE-SAFE.
- Sistem pemantauan tekanan tayar.
- Sistem pemantauan dalaman.
- Active brake assist.
- Cruise Control.
- EASY-PACK tailgate.
- Akses tanpa sentuh.
- Pakej tanpa kunci.
- Kneebag.
Bukan itu sahaja, sistem multimedia dalaman juga tidak kurang hebatnya dengan perincian seperti berikut:
- Sistem Android Auto dan Apple CarPlay.
- Perkhidmatan Communications module (LTE).
- Fungsi Extended MBUX.
- Maklumat trafik secara langsung.
- Sistem multimedia MBUX.
- Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz.
- Kawalan tanpa sentuh.
Menarik bukan? Jangan lupa dapatkan maklumat lebih lanjut di bilik pameran berhampiran anda atau layari laman web https://www.mercedes-benz.com.my.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang