Pintu peti sejuk tak rapat rupanya getah expired. Ini DIY mudah & murah, boleh jimat beribu ringgit!

A
A
A

PETI sejuk tidak sejuk adalah salah satu masalah yang kerap kali berlaku.

Selain masalah pelarasan suhu dan termostat, salah satu punca utamanya ialah getah pintunya

Getah pada pintu yang longgar koyak atau pecah menyebabkan suhu peti sejuk ia tidak kedap dan sukar mengekalkan suhu sejuk.

Hal ini secara tidak langsung menyebabkan bil elektrik melambung kerana motor compressor terpaksa beroperasi 24 jam!

Malah ia boleh menjadi punca masalah yang lebih parah seperti kerosakan pada bahagian motor compressor yang memerlukan pembaikan mencecah ratusan ringgit.

Jika mendapati peti sejuk kurang sejuk daripada biasa, tak perlu fikir untuk beli baru atau memanggil juruteknik peti seju dahulu.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Sebaliknya, cuba baiki sendiri dengan menukar getah pada sekeliling pintu.

Pengguna Facebook Khairul Hafiz, mendedahkan peti sejuk tidak dapat mengekal suhu rendah kerana getah yang sudah tamat tempoh.

“Kalau saya tak share benda ni, rasa bersalah pula kerana bagi saya ia adalah sangat senang. DIY yang wajib share untuk manfaat semua orang.

“Pintu peti sejuk tidak rapat sebab getahnya expired. Begini cara tukarnya dan buat sendiri jimat banyak tak perlu upah.

“Mari saya tunjukkan caranya satu demi satu,” kongsinya.

LANGKAH 1

Kata Khairul, anda perlu memastikan getah pintu peti sejuk memang betul-betul expired.

LANGKAH 2

Tanda-tanda getah tersebut sudah tamat tempoh ialah ia tertanggal dari pintu.

 

LANGKAH 3 

Anda boleh memesan getah pintu peti sejuk di Shopee 1 atau 2.

[BELI DI SINI] atau [BELI DI SINI]

LANGKAH 4

Cabut getah dengan caranya menanggalkan ia dari penjuru atas seperti di dalam gambar bawah. Tarik sehinggai getah itu tercabut. Jangan risau kerana proses membaiki ini tidak memerlukan sebarang alatan.

LANGKAH 5

Cara pasang getah yang baru pula, anda perlu tekan ia pada setiap penjuru terlebih dahulu. Kemudian baru tekan pada lain-lain tempat untuk mengelakkan terlebih saiz getah.Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang untuk ditutup nanti.

Siap! Moga bermanfaat.

Petua jaga peti ais supaya tidak mudah rosak

1. Jangan buka peti ais lama-lama.

Jangan buka peti sejuk terlalu lama kerana udara sejuk akan keluar dan boleh meninggikan suhu di dalam peti sejuk sekaligus meninggikan penggunaan elektrik.

2. Bungkus makanan

Makanan segar digalakkan untuk dibungkus dengan kemas bagi mengelakkan peti sejuk jadi mudah berbau.

3. Jangan letak minuman atau makanan yang panas dalam peti ais.

Sejukkan makanan dan minuman panas terlebih dahulu sebelum diletakkan untuk menghindarkan pembentukkan bekuan.

Kredit foto: Freepik

4. Jangan letak muatan secara berlebihan

Muatan yang berlebihan akan mengurangkan ruang udara dan menghalang udara sejuk beredar ke seluruh ruang peti sejuk.

5. Cungkil ais 'big no'

Jika berlaku timbunan ais atau frost di bahagian sejuk beku, jangan cungkil kerana dikhuatiri akan mengakibat bocor.

6. Jarakkan dari dinding

Pastikan jarak di bahagian kiri kanan peti sejuk tidak terlalu rapat dengan dinding untuk melepaskan haba. Jauhkan daripada haba api atau panas matahari.

7. Soket tidak berkongsi

Pastikan soket tidak berkongsi dengan peralatan elektrik lain untuk mengelakkan arus elektrik berlebihan.

8.Jika berlaku putus bekalan elektrik, cabut dahulu plug soket supaya bekalan kembali. Ia juga tidak mengganggu sistem peti sejuk.

Sumber: Khairul Hafiz, hairulvcool

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca