PlusVibes 'port' terbaik luah perasaan

PlusVibes 'port' terbaik luah perasaan
PlusVibes 'port' terbaik luah perasaan
A
A
A

DALAM situasi sebegini, SinarPlus percaya ramai antara korang yang sedang dilanda masalah.

Tidak kiralah masalah kecil atau besar, jika korang terbeban menanggungnya, carilah tempat untuk berkongsi serta jalan terbaik menyelesaikannya.

Bagi korang yang sedang mengalami masalah kemurungan, kewangan, rumah tangga, kesukaran untuk tidur, buli, kesunyian dan sebagainya, aplikasi PlusVibes ini mungkin boleh membantu.

Aplikasi yang dibangunkan usahawan muda, Madiha Fuad, 30, ini bertepatan dengan waktunya seiring tekanan hidup yang dihadapi masyarakat daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama ekoran wabak Covid-19.

Sejak aplikasi itu dilancar Julai lalu, lebih daripada 4,000 orang telah menggunakannya dan ia sedia membantu pengguna meluahkan masalah masing- masing tanpa mendedahkan identiti mereka.

Menurut Madiha, sebanyak 60 peratus daripada pengguna PlusVibes adalah golongan remaja yang mana mereka ini nampak ceria dan tiada masalah tetapi turut terbeban dengan tekanan hidup berkaitan isu pembelajaran, kasih sayang, terlalu dikongkong oleh keluarga, kewangan dan juga sikap suka membuli.

Baca juga Bermula tahun depan, Apple iOS 15 tidak lagi menyokong iPhone SE dan 6s?

Katanya, aplikasi PlusVibes boleh diakses secara percuma dan ia juga mesra pengguna dan sangat sesuai dimanfaatkan oleh mereka yang kurang cekap dengan teknologi maklumat (IT).

"Pengguna boleh memilih salah satu daripada lapan kategori pilihan masalah masing-masing.

"Aplikasi ini mungkin tidak dapat merawat masalah yang ditanggung pengguna 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat meluahkan perasaan yang terbuka," katanya dalam satu kenyataan.

Yang menariknya, menerusi PlusVibes, pengguna berpeluang berinteraksi dengan para kaunselor yang berpengalaman.

Jadi korang yang dilanda masalah, ayuh cuba menggunakan aplikasi ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kegusaran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca