Port air mata panas kristal tersembunyi di Selangor, ini rupanya destinasi healing yang ramai tak tahu

A
A
A

SELANGOR antara destinasi percutian popular yang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai keistimewaan liburan tersendiri.

Terbaharu, Beacon Resort menjadi perkongsian hangat di media sosial kerana menawarkan kemudahan resort ala Santorini di Greece.

Mana tidaknya, desain kamar yang memang wow dan lain daripada lain membuatkan sesiapa saja terpesona.

Lihat saja foto dan video pengunjung yang berkongsi pengalaman masing-masing di TikTok yang teruja melihat suasana penginapan yang comfy dan nyaman.

Pengguna TikTok, Anisezzz berkongsi video pendek memberitahu, ruang bilik White Jasmine yang cukup estetik dan luas tak ubah seperti kamar di Santorini.

Selangor

Wild Bamboo pula boleh memuatkan dua hingga tiga orang yang dekat dengan kolam renang privasi. Landskap ala-ala spa memang tenang.

“Jarak bilik dengan lobi lebih kurang 700 meter tapi jangan bimbang, ada servis buggy untuk penginap.

“Bilik sauna wajib try. Booking hanya RM30 jer tapi kalau walk in, mungkin harga lain. Lepas sauna, ada hot dan cool bath memang berbaloi,” ceritanya.

Selangor

Tulis wanita itu lagi, air sungai memang jernih dan tempat sangat cantik.

“Menu yang disediakan organik dan bagi saya, makanan menyihatkan itu kan bagus untuk kesihatan.

selangor

“Kalau bercuti di sini, kena cuba semua kemudahan yang ada. Memang tak akan menyesallah. Lagi satu, ada angsa jinak di ruang lobi,” katanya.

Apa yang membuatkan pengunjung bertambah teruja, Beacon Resort mempunyai keunikan air mata kristal yang mungkin tiada lagi di tempat lain.

Selangor

Kongsi Chros Dan di Facebook, resort yang terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur memang sesuai sebagai percutian keluarga.

“Bawa family ke sini memang seronok dan puas hati. Cantik betul tempat ini dan air sungai sangat jernih.

Selangor

“Resort alam semula jadi di Selangor yang mempunyai mata air panas berwarna kristal biru,” tulisnya.

Tyra Azan turut berkongsi pengalaman menyeronokan ketika bercuti di sana menerusi akaun TikTok kerana pakej yang ditawarkan mengikut bajet.

 

“Pakej yang kami empat orang ambil RM300 per pax termasuk makan dan aktiviti hiking. Kos lebih kurang RM1,500 plus untuk keseluruhan dua hari satu malam.

selangor

Hiking pun dalam 40 minit jer dalam kawasan ini. Bab makan memang sedap dan konsep bufet. Pakej termasuk sarapan, makan tengah hari, hi tea dan makan malam,” katanya.

Bukan sekadar resort

Bukan sekadar lokasi percutian semata-mata, Beacon Resort juga menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk mereka yang mahu merehatkan fizikal dan mental.

Selangor

Resort tersebut di laman web rasmi memberitahu, pilihan liburan baharu yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuala Lumpur itu diasaskan oleh pengasas Hospital Beacon, Mary Chen.

Beliau berhasrat untuk menyediakan sebuah penginapan ibarat syurga dunia dan aneka makanan sihat yang bertaraf lima bintang dengan caj yang berpatutan.

Baca juga Ini 4 port baharu healing terbaik di Lembah Klang & Penang, bonding cuti sekolah bersama keluarga

“Melihat interaksi dan komunikasi dalam keluarga moden yang semakin renggang dek kesibukan kerja dan gajet. Justeru beliau berharap resort ini dapat menyatukan mereka.

Selangor

“Tinggalkanlah semua peranti mudah alih dan berhubung semula dengan orang tersayang. Bersama meredah hutan, memburu harta karun dan bersantai sambil menikmati pemandangan indah,” katanya.

Apa yang menarik, pengunjung boleh merasai pengalaman menunggang kuda, beri makan ikan, mini animal farm, kebun durian organik dan berswafoto di White Wave Wall.

Bagi mereka yang inginkan urutan aroma terapi, terdapat pakej seperti functional relaxation therapy, aroma touch hand therapy dan foot massage.

Selangor

Akan datang, pelbagai aktiviti dirancang seperti menangkap ikan di sungai, fish spa dan outdoor cinema night.

Baca juga 5 destinasi tersembunyi di Janda Baik, lokasi healing mesra kanak-kanak sepanjang cuti sekolah

Jadi, apa kata kalian pertimbangkan untuk membawa famili atau sahabat untuk berlibur di sana sementara masih berbaki dua minggu lagi cuti sekolah.

selangor

Beacon Resort

Alamat: PT 4049, Kampung Gumut Tambahan, Kerling, Hulu Selangor, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM100 (dewasa) dan RM70 (kanak-kanak) hingga RM316 (dewasa) dan RM216 (kanak-kanak)

Facebook: Beacon Resort

Instagram: @beacon.resort.my

Laman web: https://beaconresort.com.my/

Selangor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca