Port berkelah privasi, mandi sungai sambil nikmati nasi ambeng, keunikan Riverstone Eco Resort buat ramai sanggup datang dari jauh

BERMANDI-MANDA bersama famili tersayang sambil menikmati juadah nasi ambeng nampaknya menjadikan Riverstone Eco Resort antara destinasi riadah pilihan pada hujung minggu.

Mana tidaknya, kawasan sungai privasi yang terletak di Kampung Batang Batu, Batu Caves, Selangor itu jauh daripada tumpuan orang ramai membuatkan pengunjung lebih selamat untuk berlibur pada era endemik Covid-19.

Bukan itu sahaja, rata-rata pengunjung yang menikmati menu autentik masyarakat Jawa itu memuji kesedapan ayam masak kicap yang dikatakan cukup ngam dengan selera mereka khususnya anak kecil.

Set nasi ambeng yang lengkap dengan serunding kelapa, ikan masin bulu ayam, sayur kacang, sambal goreng Jawa, mi goreng kicap memang wajib dicuba jika berkunjung ke Riverstone Eco Resort tersebut.

Iklan
Iklan

Berkongsi keunikan sajian yang ditawarkan, Pengurus Operasi Riverstone Eco Resort, Natasha Atiqah Mohamed Ashari berkata, resipi warisan yang diturunkan kepada ibunya, Hamidah Asaruddin, 54, memang lain daripada lain.

“Resipi ini dipelajari daripada nenek, Marhomah Suhud yang kini sudah berusia 80 tahun. Boleh dikatakan ayam masak kicap yang kami hidangkan ini cukup istimewa dan membuatkan ramai sanggup datang dari jauh.

“Pernah juga kami hantar makanan ini kepada pembeli yang tinggal di Beranang, Hulu Langat. Pendek kata, semuanya rindukan nasi ambeng kami,” ceritanya kepada SinarPlus

baru-baru ini.

Tatkala ditanya mengenai keistimewaan resipi ayam masak kicap tersebut, anak sulung daripada dua beradik itu memberitahu, ayam segar yang sudah dimasak kicap tanpa santan tersebut akan diperap semalaman.

Baca juga Nasi Kebuli Pahang sajian istana di zaman silam. Guna banyak bahan, tapi keenakannya ‘memang terangkat’

“Perapan itu penting supaya ramuan kuah betul-betul sebati. Bukan sahaja isi ayam lebih lembut, malah rasanya bertambah ummph.

“Ini cara masakan keluarga kami yang mungkin berbeza dengan usahawan lain. Malah, disebabkan faktor tersebut, ramai yang datang ke sini akan kembali lagi,” kongsi wanita berusia 29 tahun itu.

Natasha Atiqah yang juga generasi ketiga meneruskan perusahaan tersebut tidak menyangka resipi nasi ambeng yang menjadi menu tradisi ketika kenduri dan majlis keramaian menjadi rezeki sampingan buat mereka sekeluarga.

“Boleh dikatakan, memang tak menang tangan dibuatnya terutamanya pada cuti hujung minggu. Ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menikmati masakan asli Jawa Perak ini bersama keluarga.

“Jangan tersilap ya resipi ini daripada masyarakat Jawa di Kampung Selabak, Teluk Intan dan bukannya daripada Johor,” katanya yang menjual set nasi ambeng bermula RM35 hingga RM85.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagi mengelakkan tempahan ditolak, Natasha Atiqah mengesyorkan pengunjung untuk membuat tempahan sehari lebih awal terlebih dahulu.

“Pun begitu, untuk mereka yang tinggal di luar Batu Caves, jangan bimbang kerana servis penghantaran juga disediakan. Paling jauh kami pernah hantar dalam radius 50 kilometer demi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya yang memaklumkan tempahan boleh dibuat melalui Facebook Riverstone Eco Resort.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

3 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

3 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

6 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

7 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

8 hours ago

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

11 hours ago