Produk kosmetik terbaik di Jepun, Ainz & Tulpe kini sudah ada di ibu negara. Jadi, apa lagi?

design (9)
design (9)
A
A
A

EVOLUSI teknologi negara Jepun memang sesuatu yang tidak boleh disangkal.

Tidak hanya dalam sektor digital seperti peranti pintar dan pembikinan robot, malah produk kosmetik negara matahari terbit itu juga antara yang terbaik.

Sama juga dengan jenama Ainz & Tulpe (A&T) yang kini telah membuka cawangan pertama di Pavilion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bertemakan A Time to Discover dengan rawatan kecantikan luaran dan dalaman dengan pilihan 4,000 aneka produk daripada 250 jenama.

A&T merupakan 'lokasi' yang harus dikunjungi oleh para penggemar produk kecantikan dan kosmetik Jepun yang inginkan produk penjagaan kulit dan alat solek berkualiti tinggi.

Nama seperti Ayura, Lips & Hips dan Dazzhop menjadi antara jenama eksklusif yang ada.

Proses penghasilan yang unik dan tekstur lembut yang memelihara kulit, produk-produk A&T juga terbukti berkesan untuk menangani pelbagai masalah kulit orang Asia seperti kulit kering, berminyak atau kombinasi.

Tanpa mengira umur, jenis kulit mahupun tona kulit, tentu sahaja ada produk A&T yang bersesuaian sekali gus menjadi solusi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia Sdn Bhd, Rieko Kimei, pembukaan premis fizikal itu merupakan yang pertama di Asia Tenggara.

"Industri kecantikan dan kosmetik Jepun telah berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan di serata dunia. Setelah bertahun lamanya, pengguna semakin ramai dan memilih produk kecantikan dan penjagaan kulit.

"Kami telah mengenal pasti melalui proses pemilihan yang teliti produk-produk terbaik dari Jepun untuk diketengahkan di Malaysia dan kami berjanji akan membawa anda ke dalam satu perjalanan penemuan diri apabila

anda mengunjungi gedung kami," jelasnya.

Tidak hanya 'membentangkan' pelbagai pilihan produk kosmetik, A&T turut memberi pendedahan dan pendidikan tentang pentingnya menjaga kesihatan kulit wajah.

A&T mempunyai 78 buah gedung di Jepun dan merancang untuk memperluaskan perniagaannya dan ingin mendominasi pasaran dunia.

Mendengarkan pelbagai pilihan produk kosmetik tersebut sudah tentu anda akan menemukan pilihan terbaik untuk perawatan kulit muka.

Jadi, pilih yang serasi untuk diri sendiri ya.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca