PROTON secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid pertama, X90 baru-baru ini sekali gus menambah koleksi siri X ketiga untuk jenama kebanggaan negara.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pengenalan kenderaan baharu itu adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan dan perubahan permintaan pengguna yang semakin beralih kepada Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

Ujar beliau, Proton X90 dengan NEV itu secara keseluruhannya mempunyai empat varian.

Pertama, Proton X90 1.5 TGDi BSG Standard yang dijual pada harga bermula RM123,800, diikuti Proton X90 1.5 TGDi BSG Executive (RM130,800), Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium (RM144,800) dan Proton X90 1.5 TGDi BSG Flagship (RM152,800).

proton x90

Kesemua kenderaan dikuasakan dengan enjin 1.5 liter TGDi.

Ia turut dilengkapi dengan sistem sinergi motor elektrik 48V yang berfungsi meningkatkan lagi prestasi kenderaan dan penjimatan minyak untuk pemanduan lebih lancar.

 

Berikut ciri-ciri lain Proton X90:

  • Sistem mild hibrid memberi pengalaman pemanduan lebih cekap dengan ciri-ciri seperti Smart Glide, Dynamic Boost, Comfort Start dan Auto Start Stop.

proton x90

  • Kotak gear automatik klac berkembar dengan tujuh kelajuan, selain tiga jenis mode iaitu eco, comfort dan sport.
  • Ciri Advanced Safety seperti enam beg udara, Intelligent High Beam Control, Autonomous Emergency Braking, Forward Collision Warning dan Intelligent Cruise Control.

proton x90

  • Paparan skrin pintar 12.3 inci yang dilengkapi sistem navigasi dan kawalan jauh, aplikasi Proton Link, pengecas tanpa wayar termasuk tujuh port USB.

Baca juga Model klasik Proton Saga 2022 berwajah baharu, lebih premium dan jiwa muda. Harga pun mampu milik

Iklan

Baca juga Wow! Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

Terdapat enam pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red dan Marine Blue.

proton x90

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.proton.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!