SAJIAN manisan atau pencuci mulut menjadi kelaziman bagi kita untuk menyimpulkan hidangan utama.

Ramadan ini, hidangan berupa puding atau agar-agar adalah hidangan pencuci mulut yang paling senang disediakan.

Selepas dimasak dan dituangkan ke dalam acuan, kita hanya perlu tunggu beberapa jam sahaja sehingga mengeras sebelum dihidang.

Justeru, tidak hairanlah jika ia sentiasa menjadi sajian manisan yang paling popular untuk berbuka puasa.

Baca juga: Puding Karamel Gebu, Enak Dimakan Sejuk Lepas Berbuka

Kali ini SinarPlus ingin berkongsi resipi Puding Mangga yang dikongsikan pengguna Facebook, Siti Khairun Nur Akmal.

Siti Khairun yang menggunakan mangga Harum Manis untuk sajian itu berkata puding tersebut seratus peratus menggunakan perisa asli daripada buah.

Menurutnya, dia menggunakan acuan puding berisipadu 1350 ml. Apabila dibahagikan kepada tiga lapisan, setiap adunan ialah bahagi 450ml.

Berikut adalah resipinya;

BAHAN LAPISAN PERTAMA

450 ml air
50g gula
3g serbuk jeli
3g serbuk agar-agar

CARA PENYEDIAAN

1. Cairkan semua dalam periuk guna api medium.
2. Sebelum tu, susun hirisan mangga di dalam bekas.
3. Kemudian tuang perlahan-lahan adunan yang mendidih tadi.

BAHAN LAPISAN KEDUA

450 ml susu cair/susu segar
50g gula
3g serbuk jeli
3g serbuk agar-agar

CARA PENYEDIAAN

1. Cairkan semua dalam periuk guna api medium.
2. Pastikan lapisan pertama sudah mengeras sebelum adunan lapisan kedua dituang perlahan di atasnya.

Baca juga: Puding Santan Gula Perang pencuci mulut, penyejuk tekak kala berbuka

BAHAN LAPISAN KETIGA

Isi mangga secukupnya
450ml susu cair/susu segar
50g gula
3g serbuk jeli
3g serbuk agar-agar

CARA PENYEDIAAN

1. Kisarkan isi mangga sampai hancur tanpa air.
2. Campur isi mangga tersebut dengan susu cair atau susu segar.
3. Kacau hingga larut dan didihkan dengan api sederhana.
4. Pastikan lapisan kedua sudah mengeras baru dituang adunan lapisan ketiga.
5. Setelah siap dimasukkan ke dalam acuan, sejukkan puding di dalam peti sejuk.
6. Selepas dua jam, ia bolehlah dihidang.

Resipi ini menurut Siti Khairun menghasilkan puding yang sangat lazat. Buat anda penggemar mangga, wajib untuk merasanya, selamat mencuba!

Baca juga: Puding Pandan Thai Cair Di Mulut, Enak Disaji Tika Berbuka

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI