Puding pisang bersos kastard lemak berkrim

A
A
A

UMUM maklum pisang memang banyak khasiatnya. Mesti ramai juga yang menggemari buah ini bukan?

Buah pisang kaya dengan serat. Ia membantu melambatkan penghadaman. Serat di dalam buah ini juga turut membantu mempertingkat keberkesanan sistem penghadaman.

Buah pisang merupakan makanan yang mengandungi rendah kalori dan tinggi serat. Dua faktor ini menjadikan ia pilihan yang baik untuk dimasukkan ke dalam diet.

Barangkali korang banyak 'stok' pisang di rumah, tapi bosan jika hanya begitu saja, bolehlah cuba resipi puding pisang bersos kastard lemak berkrim ini.

Pemanis mulut ini pastinya sedap dinikmati. Dengan rasanya yang lemak berkrim dek dilimpahi sos kastard, bahan asasnya iaitu pisang juga mempunyai banyak khasiat.

Berikut resipi menarik yang boleh dicuba.

Puding Pisang Bersos Kastard

Bahan-bahan:

Pisang nangka digoreng dengan sedikit Planta.

Sos kastard:

1 tin susu cair

1/2 tin air

1 biji kuning telur

2 Sb tepung kastard

2 Sb gula pasir

*Sb = Sudu besar

Cara penyediaan:

1. Sehelai daun pandan disimpul.

2. Masak semua bahan sehingga pekat.

3. Sesudah suam, masukkan ke dala, peti ais.

4. Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam pinggan. Tuangkan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis.

Bahan hiasan terpulang pada kegemaran masing-masing.

Selamat mencuba!

Kredit : Linda Zaid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca