Rasa takut jumpa doktor gigi, jangan terperangkap dengan masalah ‘dental phobia’
SEGELINTIR individu sangat sukar untuk berjumpa dengan doktor gigi bagi melakukan pemeriksaan. Malah, ada yang menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan perkara tersebut.
Setiap kali mengalami sakit gigi, ada yang sanggup menelan pil penahan sakit untuk mengatasinya berbanding merawatnya di klinik pergigian.Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
SinarPlus mengunjungi Klinik Pergigian Hazlina di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan pandangan doktor berkaitan masalah itu.
Menurut Pengamal Utama dan Pengarah Qistina Dental & Medical Services Sdn Bhd, Dr Hazlina Ishak, ketakutan atau dikenali sebagai ‘dental phobia’ itu adalah tindak balas dalam konteks berinteraksi dengan doktor gigi, takut akan klinik pergigian atau rawatan pergigian.
“Kebimbangan itu disebabkan emosi yang mendahului kejadian sebenar, yang ditafsirkan sebagai ancaman dan kadangkala ia sebenarnya tidak wujud.“Bahkan, ia bukan sahaja terjadi kepada kanak-kanak tetapi turut dialami pada semua peringkat umur,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ujar Dr Hazlina, situasi yang berlaku itu mungkin disebabkan beberapa faktor seperti trauma dari zaman kanak-kanak, ciri-ciri personaliti seseorang, penceritaan yang menakutkan melibatkan klinik pergigian dan persepsi kesakitan dalam rawatan pergigian.
“Kadangkala, reka bentuk, suasana, bau dan aura klinik secara keseluruhannya juga memainkan peranan.“Selain itu, bunyi-bunyi tertentu seperti turbin dan peralatan yang digunakan, isyarat visual seperti jarum picagari juga boleh menjadi pencetus dalam mewujudkan ‘dental phobia’,” ujarnya.
Perbincangan terbuka
Menjawab satu persoalan mengenai petanda seseorang mengalami ‘dental phobia’, terlebih dahulu, ujar Dr Hazlina, sesetengah orang akan terlepas atau cuba mengelak janji temu pergigian dan mungkin sukar menjalani rawatan pergigian sama ada ianya berbentuk rawatan mudah ataupun kompleks.
Antara petanda lain seseorang mengalami ‘dental phobia’ termasuklah berpeluh, degupan jantung laju, tekanan darah rendah, menarik diri atau cuba berjenaka untuk elak kebimbangan.
Dr Hazlina turut berpesan, jika individu mengalami petanda itu, mereka boleh berhubung dengan seseorang yang mereka percayai untuk mendapatkan cadangan berkaitan klinik gigi yang boleh membantu keadaan ‘dental phobia’ dan melawat klinik tersebut sebelum melakukan janji temu.
“Saya juga mencadangkan janji temu sebolehnya dilakukan pada waktu pagi yang mana keadaan minda yang segar ketika itu dan secara psikologi kita lebih bersedia.“Bawalah bersama orang yang dipercayai dan sekiranya kanak-kanak bawalah alat mainan kecil yang digemarinya. Penggunaan fon telinga sewaktu rawatan juga dapat membantu dalam keselesaan pesakit,” tambahnya.
Malah, ‘dental phobia’ juga boleh diatasi sekiranya suasana di ruang menunggu klinik lebih tenang dan santai, malah muzik yang tenang serta dinding yang dihiasi gambar neutral memberikan ambien yang boleh membantu mengatasi kebimbangan.
Dari sudut klinikal, sangat penting komunikasi yang jelas berlaku di antara doktor dan pesakit. Doktor gigi perlu meneliti kes dan juga memberi pilihan tertentu dengan kesediaan pesakit menerima rawatan tersebut.
Empati seorang doktor gigi dan cara penyampaian juga memberi pengaruh yang besar ke atas pesakit untuk mengurangkan kegelisahannya.
“Kebiasaannya, apabila seseorang ‘dental phobia’ tiba-tiba memutuskan untuk mendapatkan rawatan pergigian, doktor perlu mengesan masalah yang dihadapinya, menyelesaikannya melalui diskusi dan persetujuan persakit terlebih dahulu.
Dalam pada itu, jelas beliau, individu perlu melakukan pemeriksaan yang lebih kerap bagi mengesan masalah gigi lebih awal dan rawatannya akan menjadi lebih mudah.
“Ini adalah untuk mengelakkan rawatan yang lebih kompleks sehingga seseorang pesakit itu semakin cenderung untuk mengalami ‘dental phobia’ yang lebih teruk.“Selain itu, antara kebaikan pemeriksaan awal juga adalah untuk mengesan tanda-tanda kanser mulut terutamanya pada individu yang merokok dan kerap minum alkohol,” katanya.
Menutup bicara, Dr Hazlina berkata, perbincangan secara terbuka dan pesakit mengetahui keadaan yang akan dialami dapat membantu mengurangkan kebimbangan sekali gus mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ‘dental phobia’.
Berikut adalah perkongsian beliau berdasarkan pengalaman 23 tahun sebagai doktor gigi termasuk 10 tahun pengalaman bertugas di United Kingdom.
ANEKDOT
Rawatan alternatif untuk pesakit yang mengalami dental phobia.
Berikut adalah perinciannya:
- Analgesia relatif (gas gembira).
- Nitrus oksida boleh membantu individu menjadi tenang ketika rawatan pergigian dijalankan.
- Topeng akan dipasangkan pada muka dan individu perlu bernafas sambil menghirup gas campuran oksigen dan nitrus oksida.
- Gas itu akan memberikan kesan tenang dalam beberapa minit dan boleh hilang dengan cepat.
- Ubat penghilang kebimbangan.
- Ubat untuk melegakan kebimbangan berbentuk tablet diberi bagi membantu pesakit cemas berehat.
- Dos bertindak cepat, kecil dan tunggal biasanya diambil satu jam sebelum janji temu pergigian.
- Bius am (general anaesthesia).
- Ubat itu bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit atau ngilu semasa proses rawatan pergigian dilakukan.
- Rawatan dilakukan dalam keadaan tidak sedar dan tidak sensitif terhadap kesakitan atau ransangan yang lain.
Sumber: Pengarah Qistina Dental dan Medical Services Sdn Bhd, Dr Hazlina Ishak
PROFIL
Nama: Dr Hazlina Ishak
Umur: 47 tahun
Asal: Bandar Baru Bangi, Selangor
Tarikh lahir: 13 November 1974
Tempat lahir: Aberystwyth, United Kingdom
Pengalaman bekerja: 23 tahun termasuk 10 tahun di United Kingdom
Pendidikan: Bachelor of Dental Surgery, University of Malaya (BDS, UM)
LATAR BELAKANG KLINIK
- Tarikh ditubuhkan: 2017
- Lokasi: Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
- Waktu operasi:
- Isnin-Rabu & Jumaat: 9am-9pm
- Khamis: 9am-6pm
- Sabtu & Ahad: 9am-2pm
Jenis rawatan: Preventif, Pergigian Kanak-Kanak , Ortodontik, Restoratif, Pembedahan Mulut, Implan, Estetik termasuk Crown, Bridge dan Veneer, Pemutihan Gigi dan lain-lain.
Facebook: Klinik Pergigian Hazlina
Instagram: @klinikpergigianhazlina
Foto: ASRIL ASWANDI ABDUL SHUKOR & AIZUDDIN MOHD
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang