SEMAKIN hampir menjelangnya bulan Syawal, semakin banyak pula resipi biskut raya yang dikongsikan di media sosial. 

Kebanyakan resipi memerlukan penggunaan ketuhar namun, seorang pengguna Facebook Wan Husniza Ayu, berkongsikan resipi kuih tradisional tanpa perlu menggunakan ketuhar.

Rempeyek tradisional merupakan resipi yang beliau kongsikan, cara pembuatannya hanya perlu menggunakan kuali dan minyak untuk menggoreng. 

Kuih tradisional ini mempunyai peminat yang tersendiri dan sering dicari-cari sewaktu menjelangnya hari raya. 

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

Bahan-bahan

  • 500g tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering (dikisar halus)
  • 1 biji telur grad A
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Kacang tanah
  • Kacang hijau
  • Kacang dal
  • Ikan bilis
  • Minyak masak

Baca juga: Paru Goreng Berlado Memang Terangkat Habis

Cara penyediaan

  1. Rendam terlebih dahulu kacang tanah, kacang hijau, kacang dal dan ikan bilis sehingga kembang kemudian, tos sehingga kacang kering.
  2. Kisar bawang putih bersama santan. 
  3. Ayak tepung beras dan masukkan ke dalam bekas. 
  4. Kemudian, masukkan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis dan kacau sehingga sebati. 
  5. Panaskan minyak kemudian, masukkan anggaran dua senduk bancuhan ke dalam mangkuk kecil. 
  6. Sewaktu ingin menggoreng, masukkan kacang ke dalam mangkuk. 
  7. Kemudian, tepekkan satu sudu besar bancuhan di tepi permukaan kuali sebelum dimasukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga garing. 
  8. Seterusnya, angkat dan toskan sehingga kurang minyak. 

Siap untuk dihidangkan!

Menurut Wan Husniza Ayu, satu bancuhan rempeyek ini boleh menghasilkan sebanyak tiga balang bersaiz 3,600ml.

Iklan

Kalau macam itu, boleh beri satu balang kepada ibu dan satu balang kepada ibu mentua.

Selamat mencuba!

Baca juga: Jangan ‘Derhaka’ Pada Resipi, Mi Sup Daging Pasti Digemari

Iklan

Baca juga: Selalunya Hijau Kali Ini Biru, Tepung Pelita Bunga Telang Sungguh Menggiurkan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI