Resipi apam pecah tanpa telur, mudah dan elok kejadian

Resipi apam pecah tanpa telur, mudah dan elok kejadian
Resipi apam pecah tanpa telur, mudah dan elok kejadian
A
A
A

APAM pecah atau sesetengah tempat dikenali apam mekar ini sejenis kuih tradisional yang tak lekang dek zaman.

Kuihnya yang bertekstur gebu dan lembut sangat enak dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.

Ia juga disukai kanak-kanak kerana ia berwarna-warni dan boleh dibuat mengikut warna kegemaran korang.

Kebanyakan resipi apam pecah ini menggunakan telur, namun kali ini kita cuba perkongsian Salasiah Suni ini.

Katanya, ini ramuan yang paling mudah dan elok pula kejadian mekarnya.

Bahan-bahannya;

  • 1 paket tepung beras cap Teratai
  • 4 cawan air
  • 1 cawan tapai nasi
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 1/2 camca Eno

Cara membuatnya;

1. Masukkan semua dalam adunan dan kisar.

2. Tuang ke dalam acuan cawan dan kukus dalam 15 minit.

Cuba juga Kuih lompang pandan paling mudah hanya guna 4 bahan

Senang bukan? Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca