Resipi kek butter cheese blueberry mudah, lemak berkrim

Untitled design (76)
Untitled design (76)
A
A
A

KEK merupakan kudapan yang pasti ada peminatnya. Tambahan pula yang jenis lemak, gebu dan berkrim lazimnya digemari anak-anak hinggalah dewasa.

Mahu menikmatinya pada bila-bila pun tiada salahnya. Yang penting ada bahan dan sedikit usaha.

Buat peminat kek  butter dan keju, ini antara resipi yang boleh dicuba.

Kek butter cheese blueberry

Bahan-bahannya:

250g butter Anchor (atau apa-apa brand pon tak kisah). Nak sedap pakailah yang mahal sikit?

250g cheese Tatura

1 1/4 cawan gula kastor

2 1/4 tawan tepung naik sendiri

1/3 cawan susu full cream

3 biji telur A

Esen vanila (boleh pakai buttervanilla.. 1 rumah bau wangi)

Filling blueberry secukupnya

Cara-caranya :

1. Panaskan oven 180° C dan gris loyang 9x9 dengan shortening

2. Pukul butter + gula + esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul sampai sebati.

3. Masukkan cheese pukul sebati dan masukkan susu full cream. Pukul lagi sehingga sebati.

4. Akhir sekali masukan tepung yang telah diayak dan pukul

5. Masukkan adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.

6. Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik... (dot dot)

6. Masukan lagi adunan tadi dan ulang sehingga habis.

7. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak....

Selamat mencuba - AG #JanganPutusAsaMalaysia

Kredit: Fauzi Karim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca