Resipi kulinari Pak Abu Yong Tau Foo 1938 memang unik, cuba sekali pasti teringat

LAZIMNYA kita akan memilih yong tau fu tatkala buntu memikirkan menu apa untuk dinikmati. Selain itu, terdapat juga yang mahu menjamah menu berkenaan jika tidak mahu makan makanan yang terlalu berat.

Mahu mencari yong tau fu yang betul-betul sedap memang tidak mudah meskipun banyak premis yang menawarkan kulinari tersebut.

Yong tau fu yang terdiri daripada pelbagai jenis bebola, sayur-sayuran, dan telur puyuh akan menjadi lazat sekiranya kuah kicap manis, sos cili dan sup yang disediakan betul-betul menambat rasa.

Justeru, pada minggu ini, penulis ingin mengajak pembaca SinarPlus menikmati yong tau fu di Pak Abu Yong Tau Foo 1938 terletak di Petaling Jaya, Selangor yang menjanjikan sedikit kelainan.

Ciri-ciri yang membezakan premis berkenaan dengan yang lain adalah pada pilihan kuahnya yang unik. Bukan hanya sup bawang putih sahaja, malah premis terbabit menyediakan kuah tomyam dan kari. Lain daripada yang lain, bukan?

Iklan
Iklan

Menariknya lagi, resipi kuah dan sos berkenaan merupakan warisan turun-temurun yang diwariskan daripada seorang lelaki sejak lebih 80 tahun lalu.

Menceritakan lebih lanjut, Pengurusnya, Engku Anizan Engku Azmi berkata, resipi berkenaan telah dirintis seorang nelayan yang dikenali Pak Abu sejak sebelum merdeka lagi.

“Pemilik restoran ini merupakan cucu kepada Pak Abu dan beliau cuba mengembangkan resipi asli yang sememangnya ‘top‘ pada satu ketika dahulu di Pulau Pinang.

“Bukan sahaja kuah kicap manis dan sup yang dibuat mengikut ramuan istimewa, tiga kuah lain yang diolah juga memang mendapat sambutan cukup menggalakkan. Cubalah rasa, pasti anda akan rasa perbezaannya berbanding di tempat lain,“ ujarnya kepada SinarPlus.

Wanita berusia 25 tahun itu berkata, selain itu, Pak Abu Yong Tau Foo 1938 juga mempunyai yong tau fu yang jarang ditemui seperti lada merah, lada hijau, peria dan bendi yang disumbat dengan isi ikan tenggiri.

“Isi ikan tenggiri yang dikisar lumat disumbatkan ke dalam sayuran terpilih supaya sajian lebih nikmat dan menyelerakan. Selain itu, bebola ikan homemade juga antara paling laris kerana mempunyai hirisan keju dan krim keju yang cukup lazat selain lebih 50 pilihan makanan dan sayuran segar,“ katanya yang turut menyediakan menu tambahan seperti dim sum.

Sebagai tambah nilai, pemanis mulut seperti Pisang Pop Pak Abu 1938 dan Surat Khabar Pak Abu 1938 juga disediakan. Pisang Pop Pak Abu 1938 menggunakan pisang berangan yang dicelup dengan kuah coklat.

Sementara Surat Khabar Pak Abu 1938 merupakan campuran cincau, sagu, santan, gula melaka dan aiskrim.

Pak Abu Yong Tau Foo 1938

  • Alamat: No 30, Jalan Sri Manja 12, Taman Sri Manja, Off Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Khamis) dan 11 pagi hingga 11 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
  • Harga: Bermula harga 60 sen hingga RM5.90
  • Facebook: Pak Abu Yong Tau Foo
  • Instagram: @PakAbuYongTauFoo

Kalau memilih untuk menikmati yong tau fu, kita pasti akan ralit memilih variasi bebola ikan, daging, udang, sotong atau ayam.

Jika tidak berhati-hati, satu mangkuk makanan itu boleh mencecah puluhan ringgit.

Namun, sekali-sekala apa salahnya, bukan? Berikut kami mencadangkan empat lokasi lain untuk pembaca SinarPlus singgah.

Yong Tau Foo Terbaik Kuantan

  • Alamat: A9, Lorong Mat Kilau 1/1, Jalan Mat Kilau, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: 6 petang hingga 11 malam
  • Facebook: Yong Tau Foo Chinese Style Terbaik Kuantan
  • Instagram: @sedapsangatyongtaufooni

AmpangBest Yong Tau Foo

  • Waktu operasi: 4 petang hingga 10 malam
  • Facebook: AmpangBest Yong Tau Foo Delivery
  • Instagram: @ampangbest.delivery

Restoran Gelombang Biru Yong Tau Fu

  • Alamat: Jalan Pulau Gadong, Bertam Malim, Melaka
  • Waktu operasi: 5 petang hingga 10 malam
  • Facebook: Restoran Gelombang Biru Yong Tau Fu, Pulau Gadong
  • Instagram: @gelombangbiruyongtaufoopulaugadongmelaka

Kak lia Yong Tau Foo

  • Alamat: Pusat Penjaja Taiping, Jalan Tupai, Taiping, Perak
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 11 malam
  • Facebook: Noorlia Karim
Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai…

13 hours ago

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

15 hours ago

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

17 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

2 days ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

3 days ago