DI rumah anda ada Maggi? Jemu asyik makan maggi masak berkuah biasa atau goreng? Jadi hari ni Sinar Plus nak kongsikan resipi murtabak maggi special. Mudah dan sungguh menyelerakan!

Bahan-bahan:

1 paket maggi kari
2 biji telur
Bawang besar (dihiris)
Lada besar (dihiris)
Daun sup
Serbuk cili (jika anda suka pedas)
Cheese Parmesan

Cara-cara:
1. Rebus maggi sehingga lembut dan toskan
2. Masukkan maggi yang siap direbus ke dalam bekas.
3. Campurkan telur, bawang besar, lada besar, daun sup, serbuk cili dan serbuk maggi kari
4. Gaul rata ke semuanya
5. Panaskan minyak dan masukkan campuran maggi tadi
6. Setelah itu taburkan cheese Parmesan, biarkan seketika dan flipkan ia
7. Siap!

Iklan

Mudahkan nak buat murtabak maggi ni. Boleh nikmati bersama keluarga. Selamat mencuba.

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Foto : nadinemuhdnor