Resipi paprik ayam simple tapi sedap. Kuah pekat, memang kaww. Masak sendiri puas hati!

WAKTU-waktu begini, selain uruskan rumah, pasti ada antara ibu-ibu yang mula memikirkan apa pula menu yang nak disediakan untuk berbuka puasa petang ini, kan!

Apatah lagi, kini sudah memasuki minggu ketiga bulan Ramadan, pasti ada yang mula pening apa lagi resipi yang mampu menambat selera seisi keluarga bukan sahaja untuk berbuka tetapi juga waktu sahur. Lebih-lebih bagi keluarga yang gemar makan berat.

 

Mungkin akan ada yang bagi idea, boleh membeli di bazar, tetapi kalau selalu boleh kopak juga kan. Daripada membazir, lebih baik masak sendiri menu yang simple pun sudah memadai.

Jom SinarPlus kongsikan resepi paprik ayam ni yang dimuat naik menerusi Facebook Nurbaizura Sani.

Baca ni Daging paprik ringkas, cukup satu lauk lengkap hidangan keluarga

paprik ayam

Lihat pada bahan dan cara memasaknya pun mudah sahaja. Yang penting air tangan ibu untuk seisi keluarga, kan. Jom masak1

Bahan-bahan
Ayam bahagian dada
Serbuk kunyit ckit
Garam secubit sahaja

Bahan untuk tumis
Bawang merah – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Halia – Ditumbuk
Serbuk cili
Serai 1 batang
Daun limau purut
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis (masukkan untuk bagi warna sos cantik)

paprik ayam 1

paprik ayam 2

Cara membuat:
1) Potong dadu ayam, masukkan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga separuh masak. Ketepikan.

Baca lagi Bosan dengan juadah nasi putih? Boleh cuba resipi mudah Nasi Hujan Panas

paprik ayam 3

2. Tumis bahan ditumbuk tadi bersama serbuk cili, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.

Iklan

3. Kemudian, masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, kicap. Tambahkan garam dan perasa.

paprik ayam 4

4. Apabila sudah masak pecah minyak sempurna masukkan ayam yang digoreng separuh tadi bersama sayuran seperti kacang panjang,bawang besar dan cili besar.

Baca juga Puding Karamel gebu, enak dimakan sejuk lepas berbuka

paprik ayam 5

Iklan

5. Siap untuk dihidang

paprik ayam 6

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang