Resipi Puding Karamel tanpa telur yang mudah

Resipi Puding Karamel tanpa telur yang mudah
Resipi Puding Karamel tanpa telur yang mudah
A
A
A

ADA cara mudah rupanya buat puding karamel yang sedap, tak perlu guna telur pun. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding ini tidaklah banyak dan leceh. Cara-caranya pun mudah, hanya campur-campur dan kukus sahaja.

Bagi sesiapa yang tidak boleh makan telur atau tidak tahan bau telur, tapi masih teringin nak makan puding karamel, bolehlah cuba resipi ini. Resipinya tidak meggunakan telur walaupun sebiji. Jom kita cuba.

Bahan gula hangus:

Gula (kuantiti bergantung pada acuan)

Bahan-bahan puding:

  • Agar-agar tali 1 bungkus
  • Gula 1/2 cawan
  • Susu cair 1 tin
  • Susu pekat 1 cawan
  • Essen vanila
  • Tepung kastard 3 sudu

Cara-caranya:

1)Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil.

2)Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.

3)Seterusnya, masak agar-agar hingga hancur. Sukatan air, penuh plastik agar-agar tersebut. Jangan lupa untuk kacau.

4)Bila agar-agar sudah larut kesemuanya, bolehlah masukkan kesemua bahan untuk puding. Jangan lupa kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.

5)Tutup api dan tuangkan sambil tapis adunan puding ke dalam loyang/acuan gula hangus.

6)Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras.Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.Puding karamel sedap dimakan bila sejuk.

Tak susah pun nak buat. Bolehlah mencuba resipi puding karamel tanpa telur ini. Sedap, cantik, licin dan tidak berlubang-lubang. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: FACEBOOK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca