7,600 share, resipi sandwic sardin tauke tersohor, tak muak & menjemukan. Cara buat pun mudah
SEDAPNYA sandwic sardin! Jamuan mahupun potluck, ramai yang akan tercari-cari menu ini. Tidak muak dan menjemukan.
Resipi intinya banyak versi, namun penulis tertarik perkongsian daripada tauke sandwic, Wan Luqman ini.
Masakan tidak, inti sardin inilah yang diniagakan beliau. Malah perkongsiannya itu kini ia menerima lebih 7,600 share!
Berikut resipinya:
INTI SANDWIC SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 tin kecil sardin (sebarang jenama) [BELI DI SINI]
Sedikit cili kisar / cili boh [BELI DI SINI]
Bawang merah (sukatan mengikut selera) – hiris/ cincang – [BELI DI SINI]
Bawang putih (sukatan mengikut selera) – hiris/ cincang –
1 sudu teh serbuk pati ayam – [BELI DI SINI]
Gula dan garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya – [BELI DI SINI]
Sedikit kicap – [BELI DI SINI]
1 keping keju cheddar – [BELI DI SINI]
Mayones secukupnya – [BELI DI SINI]
Minyak masak untuk menumis [BELI DI SINI]
Cara penyediaan
1.Tumis cili kisar/ cili boh bersama bawang merah dan bawang putih.
2. Apabila garing, masukkan sardin bersama sosnya. Kacau dan biarkan ia sedikit hancur.
3. Masukkan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Kacau sebati.
Baca juga: Sedapnya lempeng kampung, gebu & lembut sampai ke petang, ini resipi dari dapur bujang
4. Kemudian masukkan sekeping keju cheddar yang telah dicarikkan dan gaul rata.
5. Selepas sebati, pecahkan telur. Kata Wan Luqman, telur akan menambahkan rasa kenyang. Kacau telur yang dimasukkan tetapi jangan sampai hancur.
6. Selepas itu bolehlah diangkat dan sejukkan seketika. Pastikan inti sardin tidak terlalu berminyak kerana ia akan membuatkan sandwic jadi tidak menarik.
7. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk dan tuangkan sedikit mayones untuk rasa sedikit berlemak.
8. Kemudian ambil roti dan isikan inti sardin tadi. Potong mengikut cara masing-masing.
9. Sandwic sardin siap dan sedia untuk dinikmati!
Sumber: Wan Luqman
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang