Resipi spageti goreng ringkas, mudah & sedap tak terkata confirm anak suka

BAGI para ibu yang ketandusan idea untuk memasak hidangan buat anak-anak, apa kata cuba resipi spageti goreng ringkas ini.

Ia memang sangat senang dibuat hanya perlu cukup bahan-bahannya, pasti menjadi.

Ujar wanita bernama Meriani Semain, resipi yang dikongsi di Facebook itu diperoleh daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Wah! Pasti menjilat jari ni.

Katanya juga, juadah itu antara makanan kesukaan suami, anak-anak dan ibu mentuanya.

“Apabila mil teringin nak makan spageti ni saya mesti buat dengan cepat. Alhamdulillah, berselera dia makan,” ujarnya.

Selain itu, wanita itu turut menyatakan ia sesuai untuk majlis dan hidangan pantas untuk tetamu yang datang ke rumah.

Cuba juga Spageti segera untuk anda yang sibuk dan tiada masa, cepat dimasak, sedap untuk dimakan

Bahan-bahannya;

Cara membuatnya;

1. Tumis bawang Holland dan bawang putih yang dipotong dadu.

2. Masukkan sedikit cili kisar dan serbuk kari. Masukkan daging kisar. Gaul sehingga masak.

Cuba juga Aglio olio sempoi buat bekal anak sekolah, mudah disediakan dan jimat masa

Iklan

3. Masukkan sos pasta dan air (ikut kepekatan). Masukkan lobak merah, lada benggala, tomato dan cendawan. Gaul sehingga masak.

4. Tambah bahan perasa seperti garam dan gula. Akhir sekali masukkan serbuk oregano.

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Cg Meriani Semain via Share masakan beraneka Resepi🍛🍩🍰

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!