JIKA korang sedang mencari resipi masakan ayam yang ringkas, resipi sos tiram ini patut dicuba.

Selain mudah dimasak, ia juga sebagai penyelamat bagi ibu moden yang sedikit sibuk.

Boleh juga dijadikan menu untuk anak-anak membawa bekal ke sekolah.

Cubalah! Menu ini ringkas dan cepat dimasak, rasanya sangat enak pasti digemari sekeluarga.

Bahan-bahan;

  • Ayam
  • Halia (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Cili besar merah (dihiris)
  • Sedikit air
  • Sos tiram
Boleh juga dijadikan menu untuk anak-anak membawa bekal ke sekolah.
Ayam halia versi cili kering.

Cara-cara membuatnya;

1. Tumis halia bersama bawang putih, bawang merah dan cili besar merah hingga wangi dan layu.

2. Masukkan ayam dan biar sekejap sehingga air ayam keluar. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.

3. Masukkan sos tiram. Kacau dan biarkan mendidih. Apabila kuah sudah pekat, sedia untuk dihidangkan.

Cuba juga Ikan kembung percik enak memukau selera

Iklan

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Iklan

Sumber: Cik Puan Sarah