Roti potong jejari, mudah bikin, kenyang dan sedap

A
A
A

LAZIMNYA roti putih kosong dimakan bersama minuman panas, disapu jem atau mentega mahupun dibuat roti telur.

Nak bikin karamel agal leceh dan mungkin ambil masa. Jika hendak makan begitu saja, rasa bosan pula.

Jika itu yang korang rasakan apa kata cuba roti potong jejari, mudah, kenyang dan sedap ini. Cara pembuatannya tak rumit.

Kalau dah bikin, boleh terus ngap! Tak payah tungguh-tunggu..

Makan pula panas-panas. Nak makan bila-bila masa pun boleh terutamanya untuk minum petang.

Jejari Roti Salut Tepung

Bahan-bahannya:

- Roti dipotong jejari

- Tepung Bestari

Cara-caranya:

Tepung Bestari dibahagikan kepada dua bekas

1 bekas bancuh dengan air (cair seperti nak buat goreng pisang tu)

1 bekas tuang tepung je

Jejari Roti tadi salut dengan bancuhan tepung dulu baru salut tepung kering.

Panaskan minyak, goreng sehingga garing. Siap!

Selamat mencuba...

Kredit: Yusreena Said Yusz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca