Rupanya ini cara mudah tanam sendiri bunga tulip di rumah. Mesti menjadi punya!

KALAU sekali pandang, ia saling tidak tumpah seperti bawang jeruk.

Namun, sebenarnya itulah ialah bebawang tulip. Cantikkan?

Pasti ramai teringin untuk tanam di kawasan laman dan ruang dalam kediaman anda, betul tak?

Di mana-mana sudut ruang sekalipun, kalau bunga tulip dijadikan perhiasan tidak kira di dalam bilik atau di dapur, ia memang nampak cantik dan elegan!

Kalau di kawasan luar rumah pun boleh. Namun, pastikan diletakkan di kawasan redup.

Baca ni Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Justeru, pada kali ini, SinarPlus akan kongsikan cara menanam sendiri tanaman berkenaan di rumah.

Kami merujuk informasi yang dikongsikan menerusi page Hias Rumah Kediaman.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Masukkan bebawang tulip dalam peti ais selama seminggu.

2. Kemudian, isi botol kaca yang tidak berpenutup dengan beberapa biji batu dan masukkan sedikit air.

3. Letak bebawang tulip atas batu tadi. Pastikan ia tidak bersentuhan langsung dengan air untuk elakkan bebawang dari reput. (Namun, bebawang tulip perlu dekat dengan air untuk merangsang pertumbuhannya).

4. Biarkan ia berada dalam suhu bilik sahaja.

Iklan

5. Jika air semakin kurang, tambah sikit-sikit supaya air kekal di bawah batu.

Baca lagi Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

6. Selepas beberapa hari, akar mulai tumbuh dan menuju ke arah air di bawah batu.

7. Batang tulip akan mula mekar di bahagian atas.

Iklan

8. Lama-kelamaan akan bertukar menjadi tulip dewasa.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Selamat mencuba!🌷

Layari sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.