SACOOR Brothers dari Portugal kini di IOI City Mall. Dekorasi premis inspirasi dari cawangan di Dubai

SACOOR Brothers, jenama fesyen terkemuka dari Portugal kini melebarkan sayapnya dengan pembukaan butik di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sacoor Asia Tenggara, Hugo Carriço berkata, konsep baharu di premis berkenaan yang mengambil inspirasi cawangannya di Dubai itu adalah sebahagian daripada rancangan perluasan jenama berkenaan di Asia Tenggara.

Ujar Carrico, setiap sudut kedai direka dengan teliti. Skema warnanya mengikut palet neutral berwarna coklat, kuning air, kelabu dan hitam selaras dengan estetika asal Sacoor Brothers.

“Butik ini juga dilengkapi dengan pilihan perabot kayu disusun indah dan harmoni serta digabungkan bersama reka bentuk seni bina moden,” katanya.

Menariknya, cawangan baharu tersebut juga menawarkan perkhidmatan mengubahsuai pakaian.

BACA JUGA: Baju berkualiti, kepuasan terjamin, butik Sacoor Blue kini dibuka secara rasmi di Pavillion KL

Iklan

BACA JUGA: Bonia lancar butik baharu di 1Utama, inspirasi daripada warna bumi. Beg, dompet, kasut hadir dengan desain ‘lebih muda’

Secara keseluruhan, label antarabangsa itu sudah berada di lebih 14 buah negara dengan 120 premis.

Iklan

Selain Sacoor Brother, mereka mempunyai jenama lain iaitu Sacoor Outlet, Sacoor Kids, Sacoor One dan terkini, Sacoor Blue.