KEPRIHATINAN syarikat tempatan, Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd (Wipro Unza) di bawah jenama Safi menghasilkan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria, memberi kemudahan kepada pengguna di Malaysia khususnya umat Islam di seluruh negara.

Produk ini memberi manfaat besar kepada pengguna Islam dalam aspek kebersihan diri, tempat tinggal, pakaian dan peralatan bagi memastikan urusan amal ibadat dapat dilakukan mengikut tuntutan syarak.

Para jemaah diberi peluang mencuba Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar, pada Jumaat.

Selain itu, produk ini juga memberikan kemudahan kepada umat Islam terutamanya di kawasan bandar yang sukar memperolehi tanah untuk melakukan sertu.

Produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria menjadi alternatif kepada umat Islam yang tinggal di kawasan mudah terdedah dengan najis mughallazah.

Baca ni ‘‘Healing’ versi wanita dewasa, Hanis Zalikha kongsi video anaknya buat rawatan kecantikan raih perhatian warga maya

Bagi kawasan perumahan yang tidak berpagar, kebersihan lantai dan pakaian yang dijemur di laman kediaman perlu dititikberatkan kerana dibimbangi kehadiran anjing yang berkeliaran.

Inovasi produk khas sertu yang dihasilkan oleh Wipro Unza ini memberi manfaat kepada pengguna sebagai produk alternatif untuk melakukan sertu di mana sahaja.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria didatangkan dalam bentuk tiub yang mudah dibawa dan ia dibenarkan untuk tujuan sertu bagi menggantikan tanah tetapi kaedah pelaksanaan sertu masih terikat dengan hukum syarak.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malahan proses dan kaedah sertu produk ini telah disemak dan disahkan oleh Institusi Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Produk ini diperkaya dengan habbatus sauda dan ekstrak bidara yang sesuai untuk kegunaan harian serta diuji secara dermatologi.

Pengguna turut disediakan cara sertu yang mudah difahami malah rata-rata pengguna menyambut baik penghasilan produk sertu ini kerana ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

ADIB ASAAD

Seorang pengguna, Adib Asaad Osman, 58, berkata, kaedah pelaksanaan sertu menjadi lebih mudah dengan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dan boleh disimpan.

“Produk ini juga memudahkan pengguna yang tinggal di pangsapuri yang biasanya agak sukar untuk mendapatkan tanah,” katanya ditemui di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq di Jalan Ara, Bangsar, di sini.

Iklan
AFIQ AIMAN

Afiq Aiman Azizi, 28, turut berpendapat pelaksanaan sertu dengan produk ini menjadi lebih mudah malah Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini juga dapat dijadikan sebagai mandian.

“Ini kali pertama saya tahu mengenai produk ini, memang bagus dan menjadi antara keperluan bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan kerana sering terdedah dengan haiwan peliharaan seperti anjing,” katanya.

MOHD ANUAR

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Mohd Anuar Sabudin, 58, berkata, penggunaan produk ini juga amat mudah dan lebih meyakinkan apabila ia turut diiktiraf sebagai produk halal.

“Malah proses dan kaedah sertu produk ini juga telah disemak dan disahkan oleh Institusi Fatwa dan Halal, Universiti Sains Islam Malaysia seperti yang tertulis pada produk ini,” katanya.

Cara menggunakan Safi Sertu:
1. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada ain najis tersebut.
2. Basuhan pertama adalah dengan campuran Safi SkrubMandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan disebatikan.
3. Selepas itu, ikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak enam kali.

Iklan

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

Oleh MOHD AZLIM ZAINURY

FOTO ROSLI TALI