HOTEL Marriott Putrajaya merupakan salah satu destinasi iftar yang popular di Lembah Klang.

Menurut Cef Sous Eksekutif, Cef Zulkifli Asyul Sutan Saidi atau Wak Lan, Tujuh Kawah Wak Lan yang terdiri daripada nasi pelbagai jenis, daging gulai, ayam dendeng, Bamia Kambing, Sotong Masak Tumis Berempah, Gulai Ayam Kerisik, Paru Rendang Pedas dan banyak lagi perlu dicuba.

“Deretan menu Tujuh Kawah Wak Lan akan bertukar setiap hari. Selain itu, lebih 100 sajian dari Asia Tenggara seperti kambing bakar, makanan jalanan, sate dan lain-lain turut disediakan khas untuk mereka yang berbuka puasa di sini,” katanya.

Tujuh Kawah Wak Lan

Kepada peminat masakan dari negara jiran, Thailand, masakan Hor Mok atau Kari Ikan Thai, Gai Hor Bai Toey (ayam pandan) dan somtam boleh dijadikan santapan pilihan.

Jika mahu bertukar selera, pelanggan boleh mencuba seleksi makanan laut segar seperti tiram, ketam, udang dan kerang hitam yang dihamparkan di atas pulau ais buatan.

Baca juga Sajian 7 Kawah memang lain macam, masakan kampung imbas Memori Iftar Bersama Hotel Marriott Putrajaya

Iklan

Sudah kenyang menikmati sajian berat, apa kata mencuba variasi pemanis mulut. Antaranya seperti cendol durian, serawa durian dan kek keju durian yang boleh dijadikan penamat sajian berbuka.

SinarPlus percaya, dengan nilai yang dibayar, kehadiran anda di Hotel Marriott Putrajaya memang berbaloi.

Iklan

Tujuh Kawah Wak Lan

Pentas Citarasa Zest Lifestyle Restaurant

  • Alamat: Hotel Marriott Putrajaya, IOI Resort City, Putrajaya
  • Waktu: 6.30 petang hingga 10 malam
  • Tarikh: 4 April hingga 2 Mei 2022
  • Menu signatur: Tujuh Kawah Wak Lan dan pencuci mulut durian
  • Harga: RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI