Sajian warung bertaraf hotel, ini rupanya formula tarikan Cafe Salim sampai orang sanggup beratur panjang

NIKMATI sajian bertaraf hotel di warung biasa. Demikian konsep yang diperkenalkan Cef Salim Bahari dan isterinya, Sahlawati Norman yang baru sahaja membuka Cafe Salim pada tahun lepas di Jalan Cempaka, Meru, Klang, Selangor.

Ketika kunjungan SinarPlus ke premis itu baru-baru ini, pelanggan terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk masuk walau pada hari biasa.

“Alhamdulillah, ini semua rezeki daripada ALLAH SWT. Pada mulanya, saya agak gementar dengan formula perniagaan saya yang menjual menu ala Barat di sebuah kafe yang terletak dalam kawasan kampung, namun tak sangka orang sukakan konsep sebegini.

“Beberapa selebriti seperti Liza Hanim, Black dan Mat Dan juga pernah singgah di kafe kami,” katanya.

Iklan
Iklan

Mengenai harga, Cef Salim berkata, nilainya jauh lebih murah berbanding makan di hotel.

Pendek kata, memang berbaloi makan di sana.

Berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri kulinari, usahawan itu menyediakan lebih 30 pilihan set sarapan pagi yang ditawarkan bermula jam 7 pagi hingga 1 tengah hari.

 

Antaranya seperti set klasik pelbagai jenis telur (egg benedict, omelette, scramble egg) yang dihidangkan dalam porsi yang besar termasuk Artisan Pizza Salim.

Untuk sepinggan sajian egg benedict, ia dilengkapi dengan telur separuh masak bersama bayam lemak berkrim, ikan salmon salai, salad mesclun, mufin, sos holandaise dan kentang bakar.

Baca juga Sarapan lempeng, ubi rebus sambal power dalam kafe hipster, ini pilihan destinasi selera ala kampung wajib singgah

Egg benedict antara pilihan set sarapan pagi yang laku keras kerana ditawarkan dengan saiz gergasi. Memang kenyang makan dan saya jamin rasanya tak ubah seperti makan di restoran mewah,” kata anak jati Kedah berusia 63 tahun itu.

Selain aneka sarapan Barat, kafe berkenaan turut menyajikan makanan selera Melayu seperti mi kolok goreng, laksa Sarawak dan pulut kuning kuah kari.

Baca juga 3 lokasi bufet sarapan pagi viral sekitar KL, Selangor dan Putrajaya, serendah RM7. Makan sampai puas!

Tidak ketinggalan empat jenis nasi lemak iaitu Nasi Lemak Ayam Berempah Ayah, Nasi Lemak Ayam Rendang Nyonya, Nasi Lemak Kerang Rendang Atok dan Nasi Lemak Sambal Sotong Ummi yang dijamin menyelerakan.

Bagi Sahlawati, beliau menyarankan pelanggan merasa dulu Nasi Lemak Ayam Rendang Nyonya yang dimasak dengan kaedah cukup istimewa.

“Ramuan rempah terpilih dimasak selama empat jam. Selalunya 50 kilogram rempah habis setiap hari. Untuk ayam pula, saya goreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam rendang supaya isinya tidak hancur.

“Ini merupakan resipi saya sendiri. Seronok sangat bila ramai pelanggan berselera makan. Jangan risau, enam pilihan air yang boleh ditambah sesuka hati sampai puas,” ujar anak jati Klang itu.

Cafe Salim

  • Alamat: Jalan Cempaka, Meru, Klang, Selangor
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 1 petang
  • Harga: Bermula RM9 hingga RM35
  • Facebook: Cafe Salim
  • Instagram: @cafesalim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

7 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

8 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

23 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

23 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

24 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

24 hours ago