Sakit lutut tidak kenal usia. Tiada lagi istilah penyakit orang tua!

A
A
A

RAMAI yang menganggap sakit lutut lazimnya ditanggung oleh orang yang sudah berusia. Sebenarnya, tiada had usia seseorang yang boleh mengalami masalah sakit lutut.

Bagaimanapun, penyebab sakit lutut pada usia muda mungkin berbeza dengan kebiasaan yang mempengaruhi orang tua.

Pakar Perunding Rheumatik dan Sakit Kronik, Pusat Pakar Sendi Urat dan Tulang, Dr Anwar Samhari Mat Arshad mengakui kenyataan itu.

DR ANWAR menyantuni pesakit.

Beliau memaklumkan, sakit lutut biasanya boleh menjadi sangat menyakitkan dan mengganggu fungsi rutin harian seseorang terutamanya dalam aspek pergerakan.

Terdapat beberapa penyebab berlakunya sakit lutut pada usia muda iaitu:

1. Kecederaan lutut

Penyebab sakit lutut sering dikaitkan dengan kecederaan akibat lutut yang terlalu banyak bekerja. Keadaan ini menyebabkan otot, ligamen atau tendon pada lutut mengalami kesakitan dan gejala-gejala lain yang berkembang dengan cepat.

2. Osteoartritis

Osteoartritis atau penyakit radang rawan sendi boleh menyebabkan sakit sendi lutut pada usia muda. Terdapat banyak faktor mendorong penipisan tulang rawan termasuklah tekanan atau stres pada lutut akibat penggunaan ketika aktiviti seharian.

Menurut Dr Anwar, penyakit osteoartritis boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu primer dan sekunder.

PEMERIKSAAN dan penelitian secara mendalam dilakukan oleh Dr Anwar bagi menentukan rawatan terbaik kepada pesakit.

Jelasnya, ia boleh menyerang semua sendi jenis tisu lembut (sinovium) tetapi lebih berisiko terhadap sendi besar yang menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan pergelangan kaki.

"Bagi osteoartritis primer, kebanyakan pesakit mula mengalami simptom seawal usia 40-an dan faktor utama penyakit adalah berkaitan genetik selain aktiviti dan berat badan berlebihan.

"Osteoartritis sekunder pula disebabkan faktor luaran yang bertindak ke atas rawan sendi sehingga menyebabkan gejala osteoartritis terjadi. Ia boleh dialami oleh golongan berusia seawal 30-an jika tidak ditangani segera," katanya.

Meskipun ia bukan penyakit berbahaya tetapi kesannya memberi tekanan kepada pesakit apabila ubat tahan sakit tidak mampu melegakan kesakitan ditanggung.

Rawatan

Rawatan melalui kaedah pembedahan akan disyorkan jika simptom tidak dapat dikawal oleh kaedah-kaedah lain.

Namun, sebaik-baiknya kaedah itu menjadi pilihan yang terakhir kerana masih banyak alternatif lain untuk mendapatkan rawatan.

“Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan melalui ujian imbasan sinar-X (X-ray) atau MRI untuk melihat tisu lembut lutut atau otot dan pengambilan sampel darah juga boleh dilakukan bagi memastikan diagnosis yang tepat.

“Ini kerana diagnosis yang tepat tentang sakit lutut adalah penting untuk mendapatkan kaedah rawatan yang sesuai bagi memastikan kualiti kehidupan seseorang itu terjamin ,” jelasnya lagi.

Selain itu katanya, terdapat beberapa kaedah khusus yang boleh ditentukan semasa mendapatkan rawatan sakit lutut antaranya kaedah rawatan melalui suntikan ubat anti radang.

RAWATAN yang ditawarkan seperti suntikan ubat anti radang sangat berkesan mengurangkan rasa sakit pada lutut pesakit.

Rawatan itu sangat berkesan dan pantas malah hanya mengambil masa lebih kurang antara 15 hingga 20 minit sahaja bagi membantu menyembuhkan sakit yang dialami pesakit.

ANEKDOT

  • Pusat Pakar Perubatan Dr Anwar merupakan satu-satunya pakar dalam bidang sendi, urat dan tulang di Wilayah Utara.
  • Mereka memberikan rawatan yang berkualiti melalui kaedah perubatan dan teknologi terkini.
  • Kemudahan yang disediakan di Pusat Pakar Perubatan Sendi, Urat dan Tulang Dr Anwar, Seberang Jaya, Pulau Pinang meliputi:
  • Wad harian yang mempunyai empat katil, bilik prosedur, pusat pemulihan dan fisioterapi, perkhidmatan ultrasound dan X-ray, farmasi yang lengkap, surau dan bilik rehat.
  • Menyediakan kemudahan pembayaran ansuran mudah dengan pembayaran sebanyak empat hingga enam kali, selain menerima pesakit yang mempunyai kad atau perlindungan insurans.
  • Menawarkan kaedah pembayaran yang fleksibel agar pesakit menerima rawatan daripada pakar dengan harga caj yang amat berpatutan.
  • Menyediakan kemudahan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos rawatan.

KEMUDAHAN wad yang disediakan di Pusat Pakar Perubatan Dr Anwar.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari Instagram @bonejointspecialist atau Facebook Pusat Pakar Sendi Urat dan Tulang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca