Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan

SAMBAL belacan pelengkap hidangan kampung. Tidak hanya di Malaysia, hidangan sampingan itu popular di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Berbicara tentang sambal belacan, kecur air liur dibuatnya apabila teringatkan rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis. Paling cocok dihidangkan dengan ulam-ulaman atau sajian ikan.

Sambal belacan amnya dibuat daripada empat bahan asas iaitu cili api, belacan, garam dan gula. Ada juga yang menambahkan limau kasturi sebagai penyedap.

Iklan
Iklan

Baca juga: Kecur melihatnya! Resipi ikan cencaru sumbat sambal Portugis mudah, menyelerakan

Baca juga: Sambal lado telur goyang pemikat selera, sedap buat sahur

Resipi Sambal Belacan Goreng yang dikongsi Sufi Allysha ini tampak enak. Menerima hampir 1,000 ‘share’, sudah ramai warga maya mencubanya dan memuji hasil resipinya.

“Sambal sedap ini sedap dimakan dengan nasi panas, lauk ringkas ayam goreng atau ikan goreng, boleh licin nasi sepinggan,” coretnya.

Baca juga: Telur sambal cili padi ringkas, sedap! Pasti menggoda

Sambal Belacan Goreng

Bahan-bahan
Cili padi hijau dan merah (mengikut tahap kepedasan diinginkan)
Cili besar hijau dan merah
Tomato
Bawang Putih
Bawang Merah atau bawang Holland
Belacan
Limau Kasturi
Garam
Gula
Serbuk perasa
Ikan Bilis
Minyak
Sedikit air

Cara penyediaan
1-Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2-Goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan.
3-Goreng sehingga bahan agak layu, kemudian tutup api.
4-Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar.
5-Masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6-Kisar tetapi pastikan tidak terlalu hancur.
7-Kemudian goreng masukkan semula bahan dikisar menggunakan minyak gorengan cili tadi.
8-Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air. Masak dengan api perlahan, biarkan ia mendidih dan kering airnya.
9-Akhir sekali masukkan garam, gula, air limau kasturi dan serbuk perasa
10-Apabila sambal pekat boleh tutup api dan boleh dihidang makan.

Sedapnya sambal ini, penulis pun teringin untuk merasa. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu

Baca juga: [VIDEO] Resipi Ayam Masak Kicap Berempah dengan sambal. Terlajak sedap menambat selera

Sumber: Facebook Sufi Allysha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Share
Azma ML

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

33 mins ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

1 hour ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

2 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

3 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

3 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

7 hours ago