SAMSUNG Malaysia Electronics bersama Senheng mengumumkan pembukaan Senheng x Samsung Premium Experience Store pertama terletak di Four Seasons Place, Kuala Lumpur.

Pasukan pengurusan Samsung dan Senheng bersama tetamu kehormat hadir pada pelancaran besar kedai yang menjual koleksi peranti mudah alih terbaru Samsung dan peralatan elektronik dan rumah pengguna terkini yang termasuk barisan perdana seperti Galaxy Siri S, siri Galaxy Z, Galaxy Hearables and Wearables, TV Pintar Neo QLED, peralatan BESPOKE dan banyak lagi.

“Kami teruja dengan kerjasama dengan Senheng yang melanjutkan perkongsian jangka panjang kami untuk meningkatkan pengalaman pengguna Samsung.

“Di Samsung, pelanggan berada menjadi keutamaan dalam semua yang kami lakukan. Apa yang kami lakukan hari ini direka untuk memperkayakan kehidupan orang ramai dan menyediakan persekitaran yang lebih sihat” kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han.

Pengerusi Senheng, Lim KH yang turut hadir pada majlis pelancaran besar itu berkongsi kerjasama antara mereka.

“Senheng dan Samsung telah terlibat dalam perkongsian strategik selama bertahun-tahun. Perkongsian kami dengan Samsung membuka peluang baharu, kesinambungan dan kerjasama dalam perniagaan. Kami berkongsi komitmen untuk bekerjasama dan sentiasa mencari cara baharu untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih baik merentas peranti, aplikasi dan perkhidmatan, supaya orang ramai di seluruh Malaysia boleh merasai produk terbaharu Samsung”.

Dengan keluasan 5,399 kaki persegi, pengguna bukan sahaja akan dapat melihat paparan barangan Samsung di lokasi tersebut malah berpeluangmerasai pengalaman hidup dalam persekitaran hidup yang bersambung dan pintar.

Iklan

Terdapat enam zon iaitu Pengalaman Mudah Alih, Paparan Visual dan Perkakas Digital yang menampilkan produk terbaharu Samsung termasuk Galaxy S22 Ultra, BESPOKE AirDresser, Neo QLED 8K TV, The Freestyle dan banyak lagi.

Iklan

Sempena pelancaran besar itu, akan ada tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan apabila mereka membuat pembelian dari 17 Jun 2022 hingga 21 Jun 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.