Sardin tin makin mahal? Wanita kongsi homemade guna 'pressure cooker'
SARDIN merupakan satu juadah mudah disediakan dan ringkas namun sekarang harganya semakin mahal. Ayuh cuba homemade mudah guna pressure cooker.
Menu sardin adalah makanan yang paling versatil, masak cara apa pun mesti sedap rasanya.
Lauk sardin juga biasanya dikaitkan dengan resipi orang bujang atau yang ingin berjimat. Betul ke?
Tak juga sebenarnya sebab sardin tak lah semurah telur, tambah lagi pelbagai jenama ada di pasaran sekarang.
Namun, ramai yang mungkin tak tahu sebenarnya hidangan sardin ini boleh dibuat sendiri dan pembuatannya juga mudah.
Bila buat sendiri, sudah pasti terjamin jimat, bersih dan halal kan. Tambah lagi rasanya lebih fresh daripada yang dalam tin.
Antara ikan yang boleh digunakan adalah sardin, makerel ataupun tamban.
Baca juga Isteri bekalkan suami ala-ala 'lunch box' kedai, berikut 7 kelebihan masak dari rumah
Bahan-bahan;
- Ikan (2kg)
- Tomato puri (1 tin)
- Cili kisar (2 senduk)
- Bawang kisar (2 senduk)
- Air asam jawa (1 cawan)
- Sos cili (1 botol)
- Garam
- Serbuk perasa
- Cuka
- Minyak (untuk menumis)
Cara membuatnya;
1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.
2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.
3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.
4. Masak kira-kira dalam 60 minit, tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.
Tip;
- Bagi yang tidak menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama tiga hingga empat jam.
- Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.
- Untuk sukatan ini, ia dapat menghasilkan sebanyak lima bekas bagi ikan seberat dua kg. Selamat mencuba!
Ayuh kita cuba buat sardin homemade mudah guna pressure cooker yang dikongsi Norlela Abdul Lahak ini. Yang penting ia sedap dan menjimatkan. Semoga bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang