TOURISM Malaysia dan Expedia Group Media Solutions (Expedia Group) mengumumkan satu jalinan kerjasama pemasaran bersama bagi menyokong usaha mempromosikan pelancongan domestik.

Kolaboratif yang dimeterai semalam sejajar dengan strategi agensi kerajaan dan platform pelancongan global tersebut untuk memacu kemasukan pelancong dari Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menariknya, kerjasama strategik berkenaan turut menyasarkan seramai dua juta pelancong asing dengan keuntungan sebanyak RM8.6 bilion sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia 2022.

tourism malaysia

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jalinan persefahaman tersebut penting untuk menarik pelancong selepas fasa endemik Covid-19.

“Peranan Expedia Group yang memiliki lebih 750 juta pelawat secara bulanan di seluruh dunia mampu memperkenalkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan.

“Bukan itu sahaja, kerjasama ini dijangka akan menambah bilangan kedatangan pelancong yang tinggi dari tiga negara tumpuan tersebut terutamanya Australia yang dekat dengan kita,” ujarnya.

Baca juga Shopee rancakkan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022, rebut baucar diskaun untuk tawaran lebih lumayan

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum berkenaan yang disempurnakan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab bersama Naib Presiden Operasi dan Perkhidmatan, Expedia Group Media Solutions, Doug Park.

Majlis yang diadakan di Hotel Westin Kuala Lumpur itu turut memperkenalkan sembilan organisasi media dan dua plaftorm pengiklanan tempatan yang turut bekerjasama dalam kempen tersebut.

tourism malaysia

Selain Sinar Harian, media-media lain ialah ASTRO, RTM, Star Media Group, Radio BFM 89.9 dan Nanyang Siang Pau.

Sementara itu, Doug berkata, pihaknya berbangga dapat memulakan misi bersama Tourism Malaysia untuk membantu membina semula pengaruh sebagai pusat pelancongan terkemuka di rantau ini.

“Expedia Group bersama Tourism Malaysia juga akan melancarkan satu siri kempen pemasaran dalam pasaran global yang lebih tertumpu kepada pasaran Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Iklan

tourism malaysia

“Kami juga akan menghubungkan berjuta-juta pelancong di dalam rangkaian Expedia Group terus kepada industri pelancongan Malaysia,” katanya.

Dalam fasa seterusnya, Tourism Malaysia turut mengkaji lebih banyak kerjasama dengan media tempatan lain yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap industri pelancongan negara.

tourism malaysia

Iklan

Kempen Cuti-Cuti Malaysia 2022 yang bermula bulan ini hingga November nanti akan mempromosikan permata tersembunyi dan unik yang terdapat di negara ini.

Apa lagi? Ayuh kita semarakkan kempen ini dengan bersama berkongsi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI