MEMBUKA lembaran baharu 2024, pelakon Sweet Qismina dan suami melahirkan rasa terharu dan sebak apabila impian untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai.

Menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, isteri kepada aktor Adam Lee itu mengakui, penantian beliau selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil.

Pada masa sama, beliau menitipkan ucapan terima kasih kepada mamanya yang banyak membantu,

Menurut pelakon drama Pink Smile itu, selain mengeluarkan duit pendahuluan untuk menempah rumah, beliau juga tidak putus asa menanti kelulusan daripada pihak bank.

sweet

Pun begitu, hasratnya masih tidak kesampaian.

“Bismillahirrahmanirrahim. Macam mana eh nak start? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ni. Bertahun-tahun cari rumah. Bertahun juga la tunggu nama lepas kat bank.

“Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya 1 tahun tu memang ke hulur ke hilir dengan mama pergi tengok show house ( thank you Mama for everything) Baik rumah baru atau rumah lama semua pergi tengok.

sweet 1

“Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan for booking. Tapi itu la, ALLAH kata bukan rezeki kan. Kita reda,” tulisnya.

ALLAH bagi rezeki
Cerita beliau lagi, kunci rumah berkenaan juga sepatutnya diperoleh pada tahun lepas lagi.
“ALLAH dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat. Yang penting, Allah bagi rezeki untuk kami berdua betul-betul waktu dah nak tunang.

 

“Rasanya niat tu penting, kan? Masih ingat bila we had a talk and I said: “Sayang, sebelum kahwin jom kita make sure masing-masing dapat beli aset dulu. Untuk keluarga. Let’s make this work together.”

sweet 2

Iklan

Tulis Sweet lagi, penantian mereka akhirnya diakhiri dengan khabar berita cukup indah.

“And see, we did it sayang! And we did it too mama. Terima Kasih ya Allah atas pinjaman dunia ini,” katanya mengakhiri perkongsian manis berkenaan.

Demikian luahan pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi yang memuat naik kapsyen penuh kesyukuran itu menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

sweet 3

Iklan

Sumber: Instagram sweetqismina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang