Sedapnya Nasi Arab buat berbuka, cuba buat sendiri pasti lagi berbaloi

NASI Arab walaupun berasal daripada tanah Arab nun jauh di sana, ia menjadi antara makanan pilihan ramai rakyat Malaysia.

Lagilah pada bulan Ramadan ini, juadah itu amat enak dinikmati bersama keluarga untuk berbuka puasa.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Jika selalunya Nasi Arab dibeli di restoran atau bazar Ramadan, apa kata kali ini cuba sendiri untuk membuatnya.

Resipinya mudah sahaja, bahan-bahan yang diperlukan pun hanya bahan yang ada di dapur.

Masak sendiri pasti lagi berbaloi dan yang paling penting kita dapat pastikan tahap kebersihan penyediaan makanan digemari ramai itu.

Ayuh cuba membuat Nasi Arab mengikut resepi yang dikongsi Nor Asiah di Facebooknya yang mendapat lebih 8,000 perkongsian.

Resipi Nasi Arab (Chicken Mandy)

REMPAH ARAB ;

  • 1/4 cawan lada hitam*
  • 4 batang kulit kayu manis*
  • Iklan
    Iklan
  • 2 sudu teh jintan manis*
  • 2 sudu teh jintan putih*
  • 2 sudu teh ketumbar*
  • 1 sudu teh buah pelaga*
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili

Cara membuatnya;

Sangai bahan bertanda *. Selepas sangai, kisar dengan pengisar kering hingga halus dan masukkan serbuk cili dan kunyit.

BAHAN A PERAPAN AYAM

  • Seekor ayam dibelah 2 atau 4
  • 1 sudu makan rempah Arab tadi
  • 3 sudu perahan lemon
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Perap satu jam

Cara membuatnya;

1. Selepas perap, rebus ayam tadi sehingga masak.

2. Ambil rebusan ayam tadi untuk buat nasi pula.

Cuba juga Bosan dengan juadah nasi putih? Boleh cuba resipi mudah Nasi Hujan Panas

BAHAN B NASI ARAB

  • 3 cawan beras bashmati
  • 5 cawan air rebusan ayam tadi
  • 2 biji bawang besar Holland dipotong dadu*
  • 6 sudu olive oil
  • 5 biji cili hijau besar
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 2 biji bunga cengkih*
  • 1 inci halia diketuk*
  • 3 helai daun bay (salam)*
  • 1 sudu rempah Arab tadi

Cara membuatnya;

1. Tumis bahan bertanda * sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam dan rempah Arab. Biarkan mendidih sekejap.

2. Masukkan beras dan tunggu hingga nasi masak. Titis sedikit pewarna kuning di atas nasi dan lumurkan juga pada ayam sedikit. Masukkan ayam sekejap dalam nasi dalam lima minit.

3. Jika mahu bakar ayam itu, boleh letak pewarna merah atau kuning tadi.

SOS CILI

  • Cili besar merah
  • Cili besar hijau
  • Daun ketumbar
  • Buah tomato
  • Air perahan lemon
  • Garam dan gula

Cara membuatnya;

Kisar semua bahan.

SALAD

  • Buah anggur
  • Jagung
  • Salad dan apa-apa buah yang sesuai

Cara membuatnya;

Gaul sebati buah dan semua bahan salad bersama mayonis, air lemon, gula dan garam.

Siap semua bahan, sedia dihidangkan.

Cuba juga Nasi ambang enak di Warung Ketupat Air Tangan Ibu, lebih 50 lauk buat ramai rambang mata!

Hidangan ini sesuai untuk enam orang makan, ayam boleh juga ditukar kepada daging atau kambing.

Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

13 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

13 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

1 day ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

1 day ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

1 day ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

1 day ago