Sedapnya pekena ikan goreng rangup krup krap, pemuda ini dedah cara buat ibu-ibu boleh follow

A
A
A

Sedapnya pekena ikan goreng rangup krup krap, pemuda ini dedah cara buat ibu-ibu boleh follow

IKAN goreng memang sinonim dengan juadah yang popular kerana selain rasanya yang rangup dan sedap, ia sememangnya mudah dimasak.

Kalau ada stok ikan mentah dalam peti dan bingung nak masak cara apa, mesti kaedah goreng menjadi pilihan.

Ikan goreng ini makan bersama nasi putih panas memang mantap! Salah satu jenis ikan yang sedap adalah ikan Selayang goreng.

Ia merupakan menu yang mudah dan simple, namun tidak ramai dalam kalangan kita yang pandai menggoreng ikan sama seperti mak-mak di kampung buat.

Tapi macam mana cara goreng ikan untuk jadikan rangup tu ya?

Cuba juga Doktor ini kongsi teknik goreng ikan dengan betul. Barulah hasilnya cantik, isi lebih juicy & tak melekat dalam kuali!

Ini cara teknik goreng ikan sedap dan rangup perkongsian oleh seorang pengguna TikTok bernama Hariezal yang anda boleh cuba.

Confirm rangup dari tulang hingga ke kepala!

Bahan-bahan;

  • Ikan selayang saiz sederhana
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Cara-caranya;

1. Cuci ikan selayang sehingga bersih. Jangan lupa kelarkan ikan.

2. Kemudian, lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.

Baca juga Paling senang buang hanyir & muak, ini tip siang, goreng ikan keli rangup lagi sedap

3. Panaskan minyak di dalam kuali. Guna minyak yang banyak supaya ikan tenggelam bila digoreng nanti.

4. Pastikan minyak betul-betul panas, guna api sederhana.

5. Kemudian boleh mula menggoreng ikan sehingga garing.

6. Angkat ke dalam pinggan dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit: TikTok King Of Budu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca