• Shirota strain kurangkan risiko kanser payudara
  • Amalan pengambilan secara harian dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko

TIDAK dapat dinafikan, masih ramai lagi wanita di luar sana tidak tahu tentang gejala atau simptom awal penyakit kanser payudara.

Lebih membimbangkan, ada diantara mereka sengaja tidak melakukan pemeriksaan di hospital atau klinik gara-gara tidak mahu mengetahui diri mereka menderita penyakit kronik terbabit.

Namun demikian, ketahuilah bahawa pendekatan sebegitu tidak wajar dilakukan. Bak kata pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati.

Sebenarnya, kanser payudara merupakan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia. Buktinya, satu daripada 19 wanita berisiko mendapat penyakit kronik itu.

Berbicara mengenai penyakit yang didominasi oleh kaum hawa itu, Pengarah Bersekutu Jabatan Perhubungan Awam dan Sains Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha berkata, banyak sebenarnya langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau mengurangkan risiko kanser payudara terutamanya yang berkaitan dengan aspek pemakanan.

PENGARAH Bersekutu Jabatan Perhubungan Awam dan Sains Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha.

“Ia termasuklah bakteria faedah dalam Yakult yang dinamakan shirota strain kerana telah diiktiraf sebagai salah satu bakteria probiotik di bawah Akta dan Peraturan Makanan sejak tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Shah Alam baru-baru ini.

Mazlyn terlebih dahulu mengakui, pemahaman tentang probiotik masih lagi agak rendah dalam kalangan masyarakat.

Menjelaskan lanjut mengenai apa itu probiotik, Mazlyn menjelaskan, ia adalah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang meminumnya dengan jumlah kuantiti yang mencukupi.

“Probiotik telah diperakui dapat membantu fungsi usus berdasarkan kajian saintifik. Lazimnya, ia (probiotik) didapati dalam bentuk makanan atau minuman.

“Apabila kita minum sebotol Yakult, sebanyak 30 bilion shirota strain hidup akan masuk ke dalam sistem penghadaman kita dan membantu kesihatan usus.

MINUMAN probiotik Yakult dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Usus pula adalah pusat kepada sistem imun (pertahanan badan) terhadap penyakit. Usus yang sihat secara tidak langsung menyumbang kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh,” jelasnya secara terperinci.

Iklan

Ujar Mazlyn lagi, selain mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan, pengambilan probiotik dan sumber makanan yang berasaskan soya juga mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Ia dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Pakar Bedah Kanser Payudara, Universiti Kyoto, Prof Dr Masakazu Toi.

YAKULT didatangkan dengan dua jenis pilihan iaitu Yakult Ace dan Yakult Ace Light.

Dalam kajian tersebut, Dr Masakazu berkata, pengambilan minuman probiotik Yakult yang kerap iaitu empat kali dalam seminggu bersama makanan yang berasaskan soya seperti tauhu didapati dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita Jepun yang berumur antara 40 ke 55 tahun.

Iklan

Oleh itu, bersempena kempen kesedaran kanser pa

SEBAHAGIAN hadirin yang turut sama hadir pada majlis kempen kesedaran sehari bersama Yakult di Kedah Medical Centre tahun lalu. Yakult merupakan antara organisasi yang giat dalam menyahut kempen kanser payudara di Malaysia.

yudara pada bulan ini, Mazlyn menasihati orang ramai agar mengambil langkah proaktif dengan mencegah kanser payudara melalui penjagaan gaya pemakanan yang baik selain meminum Yakult.