DALAM kalangan masyarakat kita, kuih cakoi biasanya dijamu untuk minum petang.

Sebenarnya nak buat cakoi ini bukanlah susah sangat. Lebih senang daripada buat donut.

Bahan-bahannya pun bahan yang biasa ada di rumah. Jadi memang mudah!

Bagi penggemar kuih ‘legend’ ini, anda memang patut cuba resipi ini. Rasanya rangup dan sedap.

Tambah lagi bila dah sejuk pun ia tetap lembut dan gebu.

Cubalah! Boleh dimakan dengan kaya manis atau dicicah dengan air kopi dan teh memang terangkat.

Bahan-bahan cakoi :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya;

1. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.

2. Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.

3. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.

4. Perap doh sehingga naik dua kali ganda lebih kurang satu jam.

5. Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.

6. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1 cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang.

7. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.

8. Perap doh sekejap lebih kurang lima ke 10 minit supaya lebih kembang.

9. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

Iklan

Cuba juga Laksa bukan sebarang laksa, ini laksa lemak Siam, wajib cuba!

cakoi

Kuah pandan untuk cakoi

Bahan-bahannya;

  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
  • 3-4 sudu besar susu pekat manis (gula pun ok)
  • Sedikit pandan paste (atau air daun pandan)

Cara-caranya;

Iklan
  1. Masuk semuanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat. Angkat dan sejukkan.

Sedia dihidangkan bersama kuih cakoi.

Tip;

  • Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
  • Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
  • Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.

Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI