Seleksi CR-V edisi serba hitam lebih menawan, berikut ciri terbaik yang dipertingkatkan buat peminat Honda
HONDA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan varian CR-V terbaharu dengan edisi serba hitam dengan ciri keselamatan dan teknologi canggih yang dipertingkatkan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, fitur baharu tersebut secara eksklusif didatangkan dengan varian 1.5L TC-P 2WD bersama rona dinamik, Crystal Black Pearl.
“Penampilan jentera baharu ini lebih terserlah dengan gaya berani dan lasak, ditambah dengan ciri Teknologi Keselamatan Lanjutan Generasi Seterusnya.
“Pengenalannya diharapkan mengembangkan lagi barisan SUV sedia ada iaitu 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan 1.5L TC-P 4WD,“ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Chujo berkata, pada tahun 2003, CR-V menjadi model pemasangan tempatan (CKD) pertama dalam barisan Honda Malaysia dan diterima baik di pasaran Malaysia.
Baca juga Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui
“Rekod jualan sejak tahun berkenaan diterima secara konsisten apabila sebanyak lebih 108,000 unit berjaya terjual, malah CR-V generasi ke-5 yang dilancarkan pada tahun 2017 merekodkan lebih 43,000 unit.
“Setakat Ogos lalu, potensi CR-V melebihi jangkaan dengan jualan yang menggalakkan, sekali gus mendominasi 24 peratus segmen SUV (bukan nasional) di pasaran,“ katanya.
Berikut antara ciri-ciri menarik varian CR-V baharu itu:
- Dilengkapi sistem Honda Sensing, kamera LaneWatch dan kawalan kestabilan.
- Didatangkan khas dengan enjin turbo 1.5L VTEC dengan maksimum tork 243Nm.
- Fitur baharu ini memiliki ciri keselamatan lebih baik iaitu dengan enam beg udara.
- CR-V Edisi Hitam dilengkapi kawalan enjin dengan kunci pintar, pendingin hawa dibuka secara automatik.
- Kemasan sulaman Black Edition di tempat duduk hadapan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Bagi peminat jenama Honda yang tertanya-tanya harga yang ditawarkan, jentera dengan ciri premium tersebut, ia dijual pada harga bermula RM161,913.99.
Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh memuat turun aplikasi HondaTouch atau layari www.honda.com.my.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang