Senangnya cuci karpet, guna 3 bahan jadi macam baru, segar & berbau harum

MENJELANG pertengahan Ramadan, ramai yang sudah memulakan tugas pembersihan kediaman secara berperingkat bagi menyambut 1 Syawal. Selain lantai dan perabot, permaidani juga kemasan yang mustahak untuk dibersihkan,

Hamparan gebu itu mampu mengubah persekitaran dan mood ruang kediaman sekali gus memberikan keselesaan kepada kaki.

Tidak hanya beli dan bentangkan, kebersihan perlu dijaga. Kalau kurang diselenggara, silap langkah karpet boleh jadi lubuk habuk dan sarang kuman. Malah ia boleh menjadi punca bau hapak, hati-hati ya!

Baca juga: Mudahnya cuci karpet, jadi macam baru ikut petua bibik, guna mop & 3 bahan ini

Iklan
Iklan

Baca juga: Teknik mudah cuci sofa kotor atau bertompok, hanya guna air panas, tudung periuk

Selain mencucinya secara berkala setiap enam bulan sekali, ini adalah cara yang paling mudah untuk mencucinya.

Petua daripada Isjue Ishak memang berbaloi dicuba. Dengan hanya menggunakan tiga bahan, permaidani beanda akan macam baru, segar dan berbau harum.

Cara membersihkannya pun sangat mudah, hanya menggunakan mop! Isjue mencadangkan ia dilakukan sebulan sekali.

Baca juga:Jimat! Tak perlu beli baru, ini 5 cara tajamkan pisau blender yang tumpul

Baca juga: Meriahnya! Resipi mi goreng sedap 60 orang makan, idea menarik potluck atau jamuan. Jimat belanja!

Berikut perkongsian beliau:

TIP MEMBERSIHKAN KARPET

Bahan-bahan
Air panas (kira-kira 1/5 baldi)
1/2 sudu serbuk pencuci
Sedikit cecair peluntur
Mop tali
Baldi mop

Cara penyediaan

1-Tuangkan air panas ke dalam baldi.

2-Masukkan bersama 1/2 sudu serbuk pencuci dan sedikit cecair peluntur.

3-Sebelum memulakan proses mencuci, pastikan permukaan karpet anda divakum terlebih dahulu.

4-Kemudian celupkan mop ke dalam larutan pencuci dan perah.

5-Mop karpet seperti anda mengemop lantai. Pastikan ia meliputi keseluruhan permukaan atas. Lakukan proses yang sama kepada semua karpet di dalam rumah.

6-Kemudian keringkan ia dengan menggunakan kipas angin.

7-Anda juga boleh dengan bancuhan yang sama untuk mengemop lantai. Apabila selesai, biarkah karpet dan lantai kering.

“Selain bersih, rumah akan berbau segar dan harum. Cubalah!” katanya yang melakukan rutin berkenaan sebulan sekali.

Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

5 TIP PENJAGAAN KARPET KEDIAMAN

a)Vakum dengan kerap. Jika ia kerap dipijak, vakum sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

b)Jika karpet yang jauh daripada kawasan tumpuan bolehlah divakum seminggu atau dua minggu sekali.

c)Cuci segera jika tertumpah makanan, minuman atau terkena kencing haiwan.

d)Hantar permaidani anda untuk dicuci di kedai setiap 12 bulan hingga 18 bulan sekali.

f)Elakkan karpet terkena cahaya matahari secara terus kerana ia boleh mencacatkan warnanya dalam jangka masa panjang.

g)Jika vakum anda tidak mempunyai kuasa sedutan yang kuat untuk menyingkirkan kotoran, anda boleh menggantungkan karpet di luar rumah dan memukulnya dengan kayu. Habuk dan bau hapak akibat kelembapan akan hilang.

Sumber: TikTok, simpleflooringcoBig Red Carpet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

6 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

8 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

8 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

10 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

15 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

15 hours ago