POPIA boleh dikatakan antara sajian kegemaran rakyat Malaysia.
Masyarakat Tionghua terutamanya Baba Nyonya mempunyai cara tersendiri membuatnya, begitu juga dengan kaum Melayu yang mempunyai resipi masing-masing.
Namun, apa yang boleh dikatakan, sama ada popia basah atau jenis yang bergoreng, kedua-duanya enak dinikmati terutama untuk minum petang, dihidangkan kepada tetamu atau dijadikan juadah berbuka puasa.
Melihat popia sentiasa menjadi pilihan ramai, Siti Khadijah Mujahidin menampilkan popia dengan ramuan rahsianya.
Berkat kesabaran dan kerajinannya, perniagaannya yang dinamakan Popiah Basah Crispy Bonda Furqan semakin mendapat perhatian daripada para pelanggan daripada pelbagai bangsa.
Ketika ditanya apa yang membuatkan popianya menjadi kegilaan ramai, Siti Khadijah berkata, selain adunan sosnya yang sempurna tanpa pengawet, kerak garing yang ditabur di atas setiap popia membuatkan menu berkenaan bertambah enak.
“Untuk menghasilkan kerak garing itu, saya menggunakan lima jenis tepung berbeza. Inilah ‘senjata’ rahsia saya dalam setiap hidangan.
“Dengan kerak yang ditabur pada setiap kuih popia, setiap gigitan akan menjadi lebih nikmat,” katanya sambil tertawa kecil.
Menurut usahawan berusia 29 tahun itu, bagi memantapkan lagi isi popia, beliau akan menambah kacang tanah kisar, bawang goreng dan daun bawang.
Terdahulu ujar Siti Khadijah, untuk inti kuih, beliau selalunya menggunakan campuran sayur-sayuran seperti lobak, timun dan sengkuang.
Kongsi wanita itu lagi, penangan Popiah Basah Crispy Bonda Furqan memang luar biasa.
Pada Ramadan lalu, beliau berjaya menjual lebih 2,500 pek popia dalam sehari dan jumlah itu semakin meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi memperhebatkan lagi bisnesnya, Siti Khadijah memberitahu, beliau baru sahaja memperkenalkan popia ala hipster.
“Popia itu saya namakan sebagai Popiah Sushi Crab Crispy dan Popiah Sushi Chicken Crispy yang digandingkan dengan rumpai laut kering dan mayonis dan sos buatan sendiri.
“Selain mengekalkan popia dengan resipi asli, saya juga senang hati menerima permintaan pelanggan khususnya anak muda yang sukakan kelainan, jadi terhasilah popia hipster ini.
“Kepada mereka yang tidak suka sayur, popia jenis ini boleh pilih,” katanya yang baru berpindah ke premis baharu di Saujana Utama, Selangor.
Menu ringan seperti popia memang menjadi pilihan ramai tidak kira kaum dan usia.
Kesedapan menu itu selalunya dinilai berdasarkan kepada sos dan intinya.
Selain Popiah Basah Crispy Bonda Furqan yang mencuri perhatian ramai, ramai lagi pengusaha lain yang menerapkan elemen istimewa dalam setiap sajian.
Untuk minggu ini, SinarPlus menyenaraikan empat lagi peniaga popia yang menyediakan popia yang lazat. Kesemua mereka menyediakan penghantaran terus ke pintu rumah.
KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…
TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…
PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…
[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…
ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…
SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…