APABILA fesyen dan kopi bergabung, adakah ia satu yang mustahil? Jawapannya, tidak!
Buktinya, pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini, Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkolaboratif  bersama Moccona Coffee dalam menawarkan busana yang mempesona.

Setiap fesyen yang diketengahkan memiliki karakteristik tersendiri. Begitu juga dengan kopi yang memiliki intensiti dan keperibadian eksklusif.

Menurut Sharifah Khatreena, koleksi terbaharunya itu mengambil ilham daripada rona kopi. Siraman warna dan personaliti jenama kopi terkemuka, Moccona ini jelas diinterpretasikan pada setiap helaian.

Ungkap figura terkenal itu lagi, pihaknya turut menggabungkan kehendak kaum Hawa yang cuba mencapai keseimbangan di antara kerjaya dan kehidupan peribadi mereka.

Mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menyiapkan koleksi berkenaan, pereka fesyen berpengaruh tersebut berkata, setiap desain yang ditampilkan adalah berdasarkan trend semasa yang meliputi selera tempatan mahu pun antarabangsa.

Dari segi pemerhatian, anakanda Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu dilihat berjaya membawakan sifat tersendiri kopi dalam setiap gaya dalam himpunan terbaharu KHATREENA.

Sebelum ini, Sharifah Khatreena pernah membawa koleksinya ke pentas peragaan KLFW pada tahun 2018 dengan menampilkan tema Oh Yes Pleats.

KONGSI ASPIRASI
Sementara itu, Ketua Pemasaran JDE Coffee Malaysia, Phoon Shi Fun berkata, Moccona Malaysia dan KHATREENA berkongsi aspirasi dan kepercayaan yang sama dalam momen keanggunan yang diperibadikan.

“Bagi Moccona, kopi dengan intensiti yang berbeza boleh dikaitkan dengan personaliti dan mood yang berlainan. Ibarat minum kopi, setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Ada hari kita mahu sesuatu yang ‘lebih kuat‘, manakala hari lain kita mungkin mahu sesuatu yang ‘lebih ringan‘.

“Apa yang saya boleh katakan, kolaboratif dengan jenama KHATREENA menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan ia juga merupakan penglibatan sulung jenama ini dalam fesyen,“ katanya.

Mengulas lanjut, secara keseluruhannya, ujar Shi Fun, kopi Moccona mempunyai tiga intensiti yang menggambarkan perbezaan personaliti.
Ia terdiri daripada Moccona Medium Roast, Moccona Indulgence dan Moccona Espresso Style yang merupakan varian dengan rasa espresso Itali.

“Kesemua intensiti yang dinyatakan dinterpretasikan dengan jayanya pada 10 rekaan KHATREENA kali ini,“ katanya.

Iklan

 

Ditanya mengapa helaian yang diketengahkan bukan berwarna hitam seiring dengan rona kopi, berikut jawapan Shi Fun.

“Walau kopi berwarna gelap, warna selalunya melambangkan perasaan semasa tegukan pertama. Dengan tahap intensiti yang berbeza, setiap warna melambangkan personaliti yang berbeza pada masa itu. Sama seperti fesyen, warna yang berbeza membayangkan mood dan personaliti kita dalam pemakaian.“

Iklan

Semasa pementasan, penulis tertarik dengan penampilan model yang memakai busana labuh berwarna coklat. Bukan sahaja dari segi fabrik yang jelas kelihatan nampak selesa dan berkualiti, namun sentuhan sederhana terutama pada lengan yang berbentuk puff memang sesuai untuk mereka yang berhijab.

Semestinya desain yang polos akan memudahkan pelbagai aksesori seperti rantai atau anting-anting digayakan.


Kepada yang bakal berlibur dan mementingkan perincian gaya, pemilihan padanan sut baju lengan panjang dan seluar jenis baggy bercorak hitam putih memang bersesuaian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan