Shawlpublika kembalikan signatur kain sari untuk busana Aidilfitri. Apa lagi, cepat grab sebelum kehabisan

SEBAGAI salah satu jenama terkemuka dalam industri fesyen negara, Shawlpublika memang tidak asing lagi pada mata peminat busana Muslimah dan juga hijab.
Sentiasa tampil dengan idea segar, terbaharu dan unik, Shawlpublika masih kekal utuh biarpun lambakan label lain muncul dalam pasaran.

Masakan tidak, mereka sentiasa meniti arus cita rasa pelanggan yang mahukan kelainan dan tampil berbeza tidak kira dari aspek berpakaian mahupun tudung. Shawlpublika diasaskan oleh sepasang suami isteri, Iskandar Abdillah Suffian dan Nur Hidayu Zorkafli yang ditubuhkan pada tahun 2014 itu, pada awalnya, tampil dengan baju kurung yang diperbuat daripada kain sari yang diimport khas dari India.

Baca ni Siti Khadijah lancar koleksi Vouge In Raya, lebih classy, namun tetap patuh syariah

Iklan
Iklan

Nur Hidayu ketika ditemui berkata, bisnes yang dijalankannya itu adalah bersandarkan minat yang cukup mendalam terhadap dunia fesyen.

“Selain baju kurung, saya juga menggemari busana yang dihiasi dengan labuci dan manik. Daripada situlah tercetus idea untuk mengeluarkan fesyen baju kurung dengan menggunakan kain sari. Saya dan suami sama-sama menaikkan jenama Shawlpublika dari mula sehingga bertapak seperti sekarang.

“Kami sama-sama membahagikan tugas. Fokus saya lebih kepada mereka desain baju kurung, manakala suami pula lebih kepada urusan perjalanan perniagaan,” ungkapnya yang memulakan langkah dalam perniagaan menjual tudung sebelum mengembangkan kepada busana menerusi koleksi SPCasual termasuk menjalankan bisnes kosmetik.

KEPELBAGAIAN RONA
Bagaimana pula dengan koleksi Syawal pada tahun ini? Nur Hidayu atau mesra disapa Ayu sahaja, bersemangat menceritakan satu persatu.

Baca ni Tampak mewah dan eksklusif, abaya sentuhan Ezuwan Ismail dijangka laku keras sempena Aidilfitri

Akui empunya diri, setiap satu desain Shawlpublika akan dihasilkan berbeza mengikut trend terkini.

“Untuk peminat jenama ini, ada berita yang baik yang ingin kami kongsikan. Shawlpublika akan membuat comeback dengan membawa kembali signatur Shawlpublika iaitu kain sari seperti yang mula-mula diperkenalkan sewaktu penubuhan jenama ini. Ia bukan hanya pada baju kurung moden, tetapi diinterpretasikan juga pada kurung Kedah dan kebaya.

“Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, pihak kami tidak lagi mengeluarkan baju kurung sari memandangkan kekangan untuk ke luar negara. Alhamdulillah, pada Aidilfitri yang dijangka lebih ceria lagi, kami bangkit dan mahu menggegarkan seantero Malaysia dengan koleksi terbaharu, lagi sensasi ini,” katanya lagi dengan nada penuh keyakinan.

Bercerita lanjut, Ayu memberitahu, pihaknya tidak meletakkan sebarang had pada pemilihan warna.

Baca lagi Koleksi Soultan lambang kemegahan & kebanggaan warisan Melayu, butang baju berbentuk keris jadi tarikan

Ia bertujuan bagi meraikan perbezaan kecenderungan dan memenuhi permintaan serta selera pelanggan. Justeru, busana Aidilfitri Shawlpublika nanti diceriakan dengan banyak rona.

“Boleh dikatakan, kami mempunyai semua jenis warna, baik daripada spektrum pastel sehingga kepada bold (terang),” katanya.

Ditanya mengenai hijab, ungkap Ayu, proses transisi corak sebenarnya dilakukan pada hari-hari penting setiap bulan, termasuk pada bulan istimewa, Ramadan dan Syawal.

“Apa yang pasti, setiap konsep hijab yang lahir tidak akan sama, namun yang pastinya kami mengutamakan minat semasa pelanggan,” ujarnya yang dibantu oleh 16 staf dan 9 pekerja di kilang jahit.

Dalam pada itu, kongsi Ayu, beliau memasang matlamat lebih ‘ekstravaganza’ kali ini.
Wanita itu dan suaminya bercita-cita untuk melebarkan lagi sayap perniagaan mereka ke seluruh Nusantara.

“Insya-ALLAH, jika tiada aral kami mahu memasarkan jenama Shawlpublika sehingga ke luar negara terutama ke Indonesia kerana kami mempunyai banyak pelanggan dari sana,” kongsi Ayu lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

7 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

9 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

13 hours ago